fbpx

Kakak angkat, teman lelaki remaja jatuh kondo dibebas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakak angkat dan teman lelaki mangsa dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan patologi, awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Kakak angkat dan teman lelaki kepada remaja perempuan yang maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim, semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kedua-dua individu berusia 19 dan 18 tahun itu sudah dibebaskan sementara menunggu laporan patologi.

“Keterangan telah dirakam daripada kedua-dua remaja tersebut dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis awal pagi tadi.

“Mayat mangsa sudahpun selesai dibedah siasat malam tadi dan dituntut ahli keluarganya.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa juga mendapati punca kematiannya akibat kecederaan pelbagai akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis menahan teman lelaki dan kakak angkat kepada remaja perempuan yang ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominumium di Farlim di sini semalam.

Penahanan mereka dilakukan selepas ujian air kencing terhadap kedua-dua individu tersebut menunjukkan keputusan positif dadah dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI