fbpx
Alexander (dua kiri) melihat demonstrasi simulator proses pembelajaran bagi operator kren menara selepas merasmikan Tapak Latihan Kren Menara ABM Wilayah Tengah hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

600 dilatih termasuk dalam bidang kren menara CIDB-MRCB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seramai 600 individu termasuk dalam bidang kren menara akan dilatih menerusi Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menjelang hujung tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah ini seterusnya akan melahirkan tenaga mahir dalam industri pembinaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Katanya, ini juga adalah aspirasi kerajaan Madani dalam memperkukuhkan TVET sebagai asas kemajuan sektor pembinaan.

“Kerjasama ini adalah hasil memorandum persefahaman (MoU) antara MRCB dan CIBD yang telah ditandatangani lebih setahun lalu.

“Kesungguhan MRCB sebagai pengiat industri dalam bantu TVET akan memberikan peluang kepada pelatih meraih pendapatan lumayan sehingga lebih RM5, 000 sebagai operator kren menara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Tapak Latihan Kren Menara Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah, di sini hari ini.

Beliau secara peribadi turut mengagumi apabila pelatih kren menara itu melibatkan program Peluang Kedua (PEKA) terdiri daripada banduan yang mendapat Parol dalam memberikan peluang dan ruang mendapatkan kemahiran.

“Saya difahamkan mereka dibayar elaun minimum RM1, 500 dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Malah, difahamkan, MRCB suka sekiranya kesemua pelatih program ini bekerja dengan mereka sebab telah dilatih. Namun, semua terserah kepada para pelatih berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alexander menjelaskan seramai 1,014 pelatih dalam operasi kren menara berjaya dilahirkan dalam tempoh 12 tahun bermula 2012 oleh ABM.

“Daripada jumlah itu, didapati 313 terdiri daripada belia dan 791 sebagai personel binaan seterusnya menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan dalam sektor ini.

“Justeru, saya turut menggalakkan semua pihak dalam sektor pembinaan untuk tampil dalam kerjasama sinergistik bersama CIDB dalam usaha memperkasakan TVET pembinaan dan meningkatkan kemahiran serta profesionalisme,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN