fbpx
Nilai gaji sebesar yang diimpi mereka untuk gaji permulaan adalah sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan.

Minta gaji RM3,500 sebulan, tinggi sangat tu dik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‘Menyirap darah’ menahan marah dan geram apabila menonton sebuah video pendek yang dikongsikan dalam platform media sosial bila mana beberapa graduan dalam satu majlis konvokesyen begitu yakin menjawab soalan tentang harapan mereka memperoleh gaji yang tinggi sebaik melangkah ke alam pekerjaan tidak lama lagi.

Nilai gaji sebesar yang diimpi mereka untuk gaji permulaan adalah sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan.

Tidak salah menyimpan hasrat setinggi itu, bak kata orang, ‘berangan itu percuma’ jadi layankanlah angan-angan itu mana tahu jika ada rezeki, graduan muda ini dapat memperoleh gaji setaraf pekerja senior.

Graduan ini berkeyakinan bakal memperoleh tangga gaji tersebut berbaloi dengan usaha mereka yang begitu bersusah payah, berkorban masa dan tenaga, malah wang ringgit selama ini untuk membolehkan mereka memperoleh ijazah, diploma dengan keputusan yang cemerlang.

Ya, mereka adalah pelapis warga kerja masa kini dan mereka juga adalah masa depan negara, malah mereka perlu dihargai, namun untuk memperoleh gaji lebih pada paras RM3,500 hingga RM4,200 itu maka para graduan ini perlu memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian di syarikat korporat atau konglomerat.

Pengalaman penulis yang menemu bual seorang tokoh akauntan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC), Datuk Zaiton Mohd. Hassan memaklumkan bahawa graduan dalam bidang tersebut boleh dibayar gaji pada harga serendah RM4,200 sebulan, malah ada yang sudah menerima surat tawaran kerja sebaik sahaja selesai menjalani peperiksaan akhir.

Betapa beruntungnya bakal akauntan bertauliah ini meneruskan kerjaya mereka dalam bidang tersebut, malah semasa dalam pengajian pula mereka tidak perlu bimbang tentang pelbagai perkara kerana segala duit poket, kemudahan asrama dan juga yuran peperiksaan dibiayai oleh penaja dan juga zakat. Mereka hanya belajar untuk lulus dalam peperiksaan yang dikatakan paling sukar.

Ini adalah salah satu daripada kisah kejayaan anak bumiputera dalam bidang berpotensi, jadi mungkin banyak lagi bidang lain yang boleh diberi keutamaan untuk memperoleh gaji tinggi di syarikat berasaskan robotik, kecerdasan buatan atau petroleum dan gas yang tidak lokek membayar gaji permulaan RM5,000 sebulan.

Bagi graduan lain yang mengejar impian untuk bekerja dalam bidang lain mengikut minat, kebolehan serta kelayakan masing-masing, tidak salah jika ditawarkan gaji minimum RM1,700 atau sekitar RM2,500 sebulan sebagai permulaan sebelum tangga gaji itu dinaikkan mengikut prestasi serta pencapaian secara berperingkat.

Tidak perlu malu dengan gaji serendah itu dalam fasa awal iaitu antara satu hingga tiga tahun pertama ini kerana ia adalah tempoh kritikal yang menguji ketahanan kecerdasan, mental dan fizikal masing-masing sebelum berpeluang menduduki kerusi eksekutif pada masa depan.

Ini kerana, ramai graduan pada zaman sekarang sering di cop sebagai ‘spoon feed’ dan sering ‘mental koyak’ bila ditegur dan terbeban dengan banyak kerja sehingga menganggap mereka ‘tiada life’ setelah diuji tahap kepandaian serta kreativiti mereka di alam realiti pekerjaan yang sebenarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN