fbpx

El Clasico: Barcelona laung amaran ‘lanyak’ Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAL (kanan) memainkan watak penting dalam kemenangan 4-1 Barcelona ke atas Bayern kelmarin. - AFP

BARCELONA – Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal melaungkan amaran kepada Real Madrid menjelang pertemuan El Clasico untuk aksi La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Keyakinan itu hadir susulan kecemerlangan The Catalans membelasah Bayern Munich 4-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin sekali gus menamatkan rekod buruk mereka dalam enam pertemuan dengan jaguh Jerman itu.

Selain itu, Barcelona juga dilihat berada pada tahap terbaik apabila sudah menjaringkan sembilan gol dalam dua aksi terakhir termasuk menang 5-1 ke atas Sevilla.

“El Clasico? Sebelum aksi ini (menentang Bayern), kami sememangnya sudah berkeyakinan tinggi. Kami percaya kami adalah pasukan terbaik dunia buat masa ini dan sekarang kami sedang membuktikannya.

“Kami akan turun dengan kekuatan terbaik dan harapnya pasukan terbaik yang akan memenangi perlawanan itu nanti (El Clasico) adalah Barcelona,” kata Yamal.

Jurulatih Barcelona, Hansi Flick beruntung besar kerana bukan sahaja memiliki Yamal dengan bakat besar tetapi juga mempunyai beberapa pemain pada tahap terbaik ketika ini seperti Raphinha yang meledak hatrik ke atas Bayern.

Sebagai rekod, Barcelona kini menduduki tangga pertama La Liga menerusi 27 mata, berkelebihan tiga mata ke atas Real yang berada di kedudukan kedua selepas mengharungi 10 perlawanan setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI