fbpx

Agrobank lancar Program Hijrah Asnaf Tanaman Kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peserta bergambar dengan tetamu dan pengurusan kanan Agrobank pada majlis pelancaran Program Hijrah Asnaf Tanaman Kelapa di Padang Besar baru-baru ini.

PADANG BESAR – Agrobank dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bekerjasama memperkasakan golongan asnaf dan B40 menerusi aktiviti pertanian program Hijrah Asnaf Tanaman Kelapa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kelapa mempunyai prospek luas dalam pasaran kerana penggunaannya yang pelbagai.

“Agrobank telah melancarkan projek pertanian komersial yang memberi tumpuan kepada penanaman kelapa bagi membantu golongan belia asnaf dan B40.

“Program ini menyediakan latihan, bimbingan serta sokongan kewangan kepada peserta terpilih untuk memulakan projek mereka menerusi dana zakat Agrobank dan geran iTEKAD Bank Negara Malaysia dengan peruntukan lebih RM1 juta,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut Tengku Ahmad Badli Shah, pendapatan peserta dijangka mencecah RM4,000 sebulan melalui penjualan hasil tanaman kelapa.

“Seramai peserta 20 peserta akan diberi tanah seluas satu hektar untuk diusahakan di bawah pemantauan syarikat peneraju.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan taraf hidup peserta tetapi turut menyokong pertumbuhan industri kelapa di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Agrobank turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada Masjid Nurul Iman Felcra Lubuk Sireh dan bantuan bernilai lebih RM20,000 serta bakul makanan kepada 163 orang asnaf. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI