fbpx
GAMBAR fail menunjukkan kepimpinan tertinggi GISBH antara yang ditahan bagi membantu siasatan ekploitasi kanak-kanak dan buruh paksa.

Berjubah, berkopiah tak semestinya berilmu tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Umumnya orang akan lebih melihat mereka yang berpakaian jubah, berkopiah atau berserban lebih alim, dalam ilmu agama daripada mereka yang berpakaian biasa.

Mereka selalu beranggapan jubah itu pakaian Islam, padahal konsep berpakaian dalam Islam lebih luas daripada itu asalkan menutup aurat.

Ramai juga yang mengatakan jubah, serban adalah lebih kepada budaya Arab. Memang tidak dinafikan ada kebenarannya.

Kita perlu melihat persoalan ini pada skop yang lebih luas dan tidak menyempitkan pemikiran kita dalam hal ini.

Kita mesti ingat biarpun jubah serban dikaitkan dengan Orang Arab, malahan Abu Jahal pun dikatakan turut berpakaian seperti itu, namun junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga berjubah dan berserban.

Jika niat berpakaian seperti itu untuk mengikut Nabi Muhammad SAW, maka kita akan dapat pahala. Cuma akhir-akhir ini ramai yang berpakaian sedemikian memalukan umat dan menjatuhkan imej Islam di mata orang bukan Islam disebabkan kurangnya ilmu agama.

Kebanyakan mereka berpenampilan jubah, serban atau kopiah semata-mata mahu dilihat lebih berilmu dalam agama dan nampak hebat dalam kelompok atau jemaah tertentu.

Ada yang memanggil mereka dengan gelaran ustaz, sedangkan tidak pernah mendalami pengajian Islam secara formal sama ada di sekolah atau universiti.

Sebagai contoh baru-baru ini, pihak berkuasa menggempur sebuah kumpulan yang dikatakan berwajah Islam kerana didakwa berlaku beberapa kes pengabaian kanak-kanak, memisahkan anak dengan ibu bapa, selain masih mengamalkan ajaran yang difatwakan sesat dan bertentangan dengan Islam.

Penampilan mereka nampak macam islamik, namun hakikatnya ilmu yang ada agak dangkal.

Ini yang dikatakan mereka berselindung di sebalik jubah, kopiah untuk dilihat masyarakat sebagai umat Islam contoh pada akhir zaman ini dengan mengambil gelarab ustaz sewenang-wenangnya.

Hakikatnya tidak semua yang berkopiah, berserban, berjubah, berjanggut, bertudung labuh, berniqab itu layak dipanggil ustaz atau ustazah. Begitu mudah kita membiarkan gelaran ustaz dan ustazah ini diberikan kepada sesiapa sahaja hanya kerana mereka berpakaian atau berperwatakan warak.

Nampak warak tidak semestinya alim.

Ini bukan bermaksud penulis anti kepada mereka yang berjubah, berserban atau berkopiah, tetapi biarlah tidak mencemarkan imej Islam seolah-olah mereka lebih islamik dengan berpakaian begitu dan menganggap orang lain tidak sehebat mereka.

Jangan berselindung di sebalik jubah, serban atau kopiah untuk dilihat hebat beragama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN