Mohamad Zairi dan ahli keluarganya mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh pegawai polis di pekarangan Unit Forensik Hospital Bentong semalam.

‘10 hari lepas bapa pergi, hari ini anak, adik menyusul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Sikap seorang lelaki yang berubah daripada mesra kepada pendiam rupanya menjadi petanda yang dia akan pergi buat selamanya selepas terlibat dengan kemalangan ngeri di Kilometer 42 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini semalam.

Mohamad Zairi Shariff, 48, berkata, arwah adiknya, Muhamad Zaimi, 35, tiba-tiba suka menyendiri sejak tengah hari kelmarin sehinggalah kali terakhir mereka bertemu pada malam sebelum bertolak dari Putrajaya ke Kelantan.

Katanya, dia bukan sahaja kehilangan adik, malah turut kematian anak, Muhamad Azizul Fitrie, 23, yang menaiki lori bersama-sama.

“Semasa kami ke kedai makan, dia seolah-olah mahu menghilangkan diri dan menyendiri tetapi saya tidak merasakan apa-apa. Anak saya pula hanya kata sakit perut tetapi tiada perlakuan pelik.

“Ia merupakan hari dukacita kerana mereka pergi selepas 10 hari saya kehilangan bapa,” katanya.

Di Kota Bharu, isteri Muhammad Zaimi, Khairun Azreen Mohamad, 28, berkata, arwah sempat berpesan kepadanya supaya menjaga anak tunggal mereka berusia enam bulan.

“Saya ada menghubunginya ketika dia dalam perjalanan pulang dari Putrajaya dan dia berpesan supaya jaga anak, rumah, kereta dan motosikal miliknya.

“Kami ada berhubung melalui panggilan video dan dia beria-ia mahu melihat wajah anak kami. Bayi ini merupakan anak pertama kami selepas tujuh tahun berkahwin,” katanya ketika ditemui di Kampung Durian Pahit, Ketereh di sini.

Tambahnya, arwah suaminya kurang bercakap sejak kebelakangan ini dan tidak sangka perubahan itu merupakan petanda dia akan pergi selama-lamanya.

Jenazah suaminya selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buloh Poh, Ketereh di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN