SEBELUM memulakan perjalanan menaiki bot untuk memancing di laut, pemuda itu akan meminum air garam bagi mengelakkan ‘mabuk laut’. Itu merupakan petua turun-temurun yang dilakukan sekurang-kurangnya sejam sebelum memulakan trip memancing. Menurut pempengaruh dan pemilik kedai alat pancing dan madu, Joe Aziz, 40, memancing sudah menjadi hobinya sejak zaman kanak-kanak, seawal usia tujuh tahun. “Minat memancing saya dipupuk oleh bapa saudara yang mengajar saya tentang hobi ini sejak kecil. “Dia juga yang banyak berkongsi ilmu tentang memancing termasuk petua supaya……