fbpx

Cuaca buruk berterusan di utara, Sabah sehingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di utara dan barat Sabah diramal mengalami hujan lebat, ribut petir serta angin kencang berterusan sehingga Sabtu depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan itu berdasarkan analisis model-model cuaca serta penumpuan angin yang berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Jelasnya, keadaan itu juga menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berkuatkuasa sehingga 19 September ini.

“Selain itu, MetMalaysia juga telah mengemaskini amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara berkuatkuasa sehingga 21 September ini,”katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu katanya, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI