fbpx

Nuna suka menari, tertarik lelaki penyabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nuna pernah mendapat Anugerah Naib Canselor ketika belajar di UiTM.

Gadis yang menghiasi ruangan Pesona Ahad, Nur Amani Nasuha Rosman, 23, mengakui dirinya gigih mengumpul duit bagi merea­lisasikan impiannya bergelar seorang usahawan.

Graduan Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga seorang pencipta kandungan atau content creator ini dalam masa sama sangat mementingkan pendidikan bagi mengubah masa depan keluarga.

Kepada Kosmo! Ahad, Nur Amani atau lebih dikenali Nuna bercerita mengenai dirinya termasuk gemar menari dan mewarna pada masa lapang.

Kosmo! Ahad: Ceritakan tentang diri Nuna?
NUNA: Nuna berasal dari Kuala Lumpur dan kini merupakan content creator. Masa lapang suka tengok movie, layan drama Korea and podcast seram. Saya suka masak dan cari duit sebab gilakan duit!

Nuna dalam pendidikan?
Saya pernah gagal empat mata pelajaran dalam percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tidak putus asa, gigih belajar sehingga dapat 6A peperiksaan sebenar. Sewaktu diploma, Nuna dapat Anugerah Naib Canselor (ANC).
Kegagalan itu mengajar diri ini bahawa kita tidak akan gagal selamanya dan buatkan Nuna tekad lakukan yang terbaik.

Mengapa content creator?
Impian Nuna sejak dulu sebab saya sangat suka Princessmeenie dan Myrazainal. Segala kerja keras bermula sejak 2022 dengan membeli barang sendiri dan buat video sehinggalah ada klien yang bayar untuk video.
Awal-awal memang susah dan hampir putus asa, namun dengan sokongan orang terdekat saya teruskan sehingga ke tahap ini.

Bagaimana penerimaan keluarga?
Mereka penyokong utama saya!, malah ibu akan beli produk menggunakan pautan saya tanda support. Setiap bulan jika ada rezeki lebih, saya akan beri ibu duit dan belanja keluarga makan.
Biarpun kewangan ibu ayah cukup-cukup makan saja ketika kami kecil, namun segala ke­perluan dan kehendak anak-anak dilengkapi dan tidak pernah berkira. Inilah masa balas jasa.

Perancangan masa depan Nuna?
Karier (content creator) sekarang adalah sementara dan Nuna tahu ia tidak akan relevan sampai bila-bila. Backup plan saya nak kumpul duit dan buka kafe sendiri.

Pendapat mengenai beauty with brain?
Ramai remaja di luar sana memandang remeh bab pendidikan dan anggap menjadi content creator tidak perlu belajar tinggi-tinggi. Sebenarnya apa yang membezakan kita adalah pendidikan dalam pelbagai sudut khususnya cara pemikiran, pengurusan duit serta cara berkomunikasi ­dengan klien serta orang sekeliling supaya tidak senang ditipu.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Lelaki yang bertanggungjawab, memahami dan sabar dengan saya. Sebab bak kata ibu, saya keras kepala tetapi hati tisu. Kalau boleh saya nak kahwin tahun depan, kalau bukan tahun depan Nuna sambung doa untuk kahwin tahun sete­rusnya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI