fbpx
PENJAGAAN anak dengan penuh kasih sayang penting untuk tumbesaran mereka.

Dilema kerja atau jaga anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Terlalu banyak kejadian melibatkan kanak-kanak minggu ini. Sebagai ibu bapa, ada berita yang tidak sanggup kita baca kerana terlalu mengganggu emosi.

Keadaan kanak-kanak di beberapa pusat penjagaan milik sebuah syarikat yang diserbu di Negeri Sembilan dan Selangor benar-benar meruntun hati kita.

Keadaan tempat tinggal mereka langsung tidak menggambarkan sebagai pusat jagaan yang menerapkan nilai-nilai Islam. Penduduk turut mendedahkan tidak pernah melihat kanak-kanak itu ke sekolah.

Kelakukan pihak pengurusan pusat jagaan itu melampaui batas manusia apabila polis mendedahkan mereka mengajar mangsa cara-cara meliwat dan dan diliwat.

Kanak-kanak sakit tidak dibenarkan ke klinik selagi tidak kritikal, manakala objek panas digunakan bagi menghukum.

Mereka juga diajar menggunakan sentimen agama untuk menagih simpati bagi mendapat sumbangan dan boleh menyentuh tubuh mangsa dengan alasan rawatan perubatan Islam.

Selain itu, kes abang bas juga mendapat perhatian apabila didakwa melakukan amang seksual kepada murid sekolah. Kelmarin dia didakwa sekali lagi atas tuduhan menghantar komen jelik di TikTok.

Emosi kita terus diusik dengan berita kematian seorang bayi berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya di Melaka.

Alangkah kejamnya perbuatan ini kerana bayi yang ditunggu kedatangannya selama 13 tahun oleh pasangan Mohd. Fikry Amri Abd. Halim dan Sabrina Hakiem Zaini hilang nyawa di taska.

Tidak lama kemudian, lagi kematian bayi di pusat jagaan berpantang dilaporkan berlaku di Kota Bharu, Kelantan melibatkan mangsa berusia 30 hari.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan di sini mengenai kekejaman yang berlaku kepada insan kecil itu.

Kejadian tersebut mendatangkan dilema kepada ibu bapa sama ada hendak berhenti kerja atau menghantar anak mereka di taska.

Kalau berhenti kerja maknanya pendapatan keluarga akan berkurangan tetapi jika menghantar anak ke taska, hati tidak tenteram kerana takut-takut hanya mengambil jasad kaku anak nanti.

Dalam segala hal, Islam mengajar kita supaya mengambil jalan pertengahan supaya tidak melampaui batas.

Seharusnya kita perlu pasak di dalam kepala bahawa rezeki kita di dunia ini telah ditetapkan dan dicukupkan sekiranya bertawakal kepada Allah SWT.

Secara kasar memang berhenti kerja akan mengurangkan pendapatan tetapi lupakah kita dengan kisah Imam Malik yang diajar sendiri oleh ibunya sehingga menjadi ulama tersohor pada zamannya.

Kuasa didikan ibu terlalu hebat kerana pembelajaran awal di rumah hanya dapat dilakukan sekiranya kita berada dengan anak sepanjang masa.

Anak merupakan permata yang perlu dibelai sejak dari kecil supaya mereka membesar mengikut acuan ibu bapa.

Tepuk dada tanya selera. Duit boleh dicari tetapi nyawa anak yang hilang sama ada secara fitrah atau angkara orang lain tiada galang gantinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN