fbpx
Restoran yang memiliki sijil halal menambah keyakinan kepada pelanggan. - Gambar hiasan

Kalau tiada sijil halal, letak logo tiada sijil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Baru-baru ini, umat Islam di negara ini dikejutkan khabar bahawa lima restoran popular di sini bukan pemegang sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sejurus selepas tersebar luas, pihak pengurusan dua restoran terlibat tampil menjelaskan mereka belum disahkan halal oleh Jakim.

Bagaimanapun, bahan mentah diambil daripada pembekal yang memiliki sijil halal, selain tidak menggunakan alkohol dalam penyediaan hidangan.

Yang menjadi persoalan ramai ialah ialah restoran-restoran ini bukanlah setahun dua beroperasi, malah ada yang mencecah puluhan tahun.

Penulis sedar bukan mudah mendapatkan pensijilan halal Jakim dan pernah mewawancara sendiri pihak pengurusan sebuah restoran yang mengambil masa dua tahun untuk mendapatkan pensijilan tersebut.

Hal ini membuktikan asalkan ada usaha, keinginan dan paling penting, memenuhi syarat yang ditetapkan, setiap pengusaha makanan dan minuman (F&B) boleh mendapat sijil halal.

Timbul persoalan mengapa masih wujud syarikat tidak serius untuk mendapatkan pensijilan halal, meskipun umat Islam membentuk lebih separuh daripada 32 juta populasi di Malaysia.

Mungkin jawapannya terletak pada umat Islam sendiri yang sebahagiannya tidak begitu ambil peduli sama ada restoran yang dipilih memiliki sijil halal atau tidak.

Penulis secara peribadi melihat tidak perlu untuk memaksa sesiapa yang enggan mendapatkan sijil halal, namun mungkin wajar sekiranya premis atau produk makanan mereka perlu mempamerkan dan menyatakan secara jelas, sama ada dalam bentuk logo atau lambang yang memberitahu bahawa ia tidak memiliki pensijilan halal.

Dengan hanya menyatakan ‘no pork no lard’ di pintu masuk, banyak restoran cuba menyatakan makanan mereka halal, namun sama sekali tidak memiliki sebarang usaha dan keinginan untuk memohon pensijilan diperlukan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH), Dr. Helmi Ibrahim menyifatkan cadangan tersebut sebagai inovatif dalam menambah integriti dalam sektor halal.

Pada masa sama katanya, satu kajian menyeluruh perlu dilaksanakan Jakim memandangkan ia melibatkan populasi peniaga yang besar di seluruh negara bagi mendapatkan satu gambaran jelas tentang daya maju sosio-ekonominya jika dilaksanakan.

“Berdasarkan pengalaman MEH dalam berinteraksi dengan ahli-ahlinya di seluruh negara, dapatan kami ialah memperoleh sijil halal Jakim, khususnya bagi peniaga mikro adalah rumit kerana melibatkan birokrasi digital terutamanya dalam mengisi borang digital.

“Bagi kalangan usahawan sektor informal pula, mereka tidak layak lantaran tidak mendaftarkan perniagaan, sekali gus menyukarkan usahawan mikro yang terdiri daripada ibu tunggal dan asnaf yang terlibat dalam sektor penyediaan makanan untuk mendapatkan sijil halal.

“Jakim harus mewujudkan skim khas untuk usahawan mikro dan sektor informal untuk mendapatkan sijil halal tanpa karenah birokrasi, selain pengenaan fi yang lebih rendah.

“Kami bersedia membantu Jakim dalam menjalankan kaji selidik tentang tahap keberkesanan pelaksanaan cadangan tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN