fbpx

EPL: Haaland hanya bagus di Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND gagal memberikan aksi setanding ketika bersama City apabila gagal membantu Norway meraih kemenangan ke atas Kazakhstan. - AFP

OSLO – Penggempur sensasi, Erling Haaland mungkin dianggap hero yang hebat oleh para peminat Manchester City, namun dia tidak begitu bernasib baik ketika aksinya bersama pasukan kebangsaan Norway.

Keputusan seri tanpa jaringan menentang Kazakhstan pada aksi Liga Negara-Negara Eropah menyaksikan Haaland menerima kecaman teruk daripada para pengkritik dan peminat bola sepak negaranya sendiri.

Musim ini menyaksikan Haaland kembali mempamerkan aksi memukau bersama City apabila meledak tujuh gol dalam tiga perlawanan awal termasuk mencipta dua hatrik menyebabkan dia dianggap semakin hampir untuk meraih prestasi seperti mana musim pertamanya di Etihad.

Bagaimanapun, kecemerlangan itu gagal diterjemahkan bersama pasukan Norway apabila sentuhannya dianggap serba tidak menjadi biarpun mendapat beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan.

Bekas pengendali Norway, Egil Olson mengakui Haaland seakan hilang kesungguhan ketika beraksi bersama pasukan negara menyebabkan harapan peminat yang diletakkan di bahunya berkecai.

“Kami memiliki dua pemain berkelas dunia, Erling Haaland dan Martin Odegaard dalam pasukan. Namun, malangnya Haaland beraksi di bawah tahap sebenarnya.

“Ia adalah salah satu aksi terburuk yang saya saksikan dengan apa yang dipamerkan oleh Haaland. Tidak ada pasukan dalam kumpulan ini sanggup kehilangan tiga mata ketika menentang Kazakhstan,” katanya.

Dalam salah satu program televisyen di Norway, para peminat hanya memberikan markah 2/10 untuk aksi yang dipamerkan Haaland dalam perlawanan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI