YULO berjaya merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris sekali gus menjadi atlet pertama Filipina meraih pencapaian tersebut. - AFP

Perit jerih Yulo kejar impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMASYA Sukan Olimpik Paris 2024 semakin hampir untuk menutup tirainya selepas hampir dua minggu berlangsung bermula 26 Julai lalu.

Pelbagai cerita menarik mengiringi penganjuran kali ini termasuk kontroversi melibatkan Sungai Seine, atlet menembak Turkiye yang luar biasa, Yusuf Dikec, atlet paling muda dari China yang berusia 11 tahun 11 bulan, Zheng Haohao yang beraksi dalam acara papan selaju dan atlet paling tua dari Sepanyol, Juan Antonio Jimenez Cobo yang berusia 65 tahun ketika bersaing dalam acara ekuestrian.

Namun, ‘lampu’ artikel kali ini adalah lebih menjurus kepada kejayaan atlet gimnastik negara jiran, Filipina, Carlos Yulo yang mencipta kejutan yang dianggap cukup luar biasa.

Kejayaan negara dari Asia Tenggara merangkul lebih daripada satu emas dalam satu edisi saingan bukanlah perkara kebiasaan, malah lebih menjadikannya lebih luar biasa apabila dua pingat emas disumbangkan oleh seorang atlet dari rantau ini dianggap sebagai kemuncak kepada kehebatan.

Itulah yang dilakukan oleh Yulo yang berbekalkan tuah bumi Paris apabila membawa pulang dua pingat emas menerusi acara senaman lantai dan melombol sekali gus menjadikannya atlet lelaki pertama negara itu meraihnya.

Sejak seminggu lalu, banyak laporan menerbitkan mengenai habuan yang bakal diterima Yolo ekoran kejayaan tersebut, tetapi artikel kali ini cuba menelusuri mengenai perjalanan atlet berusia 24 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Caloy dari Malate, Manila itu mendaki puncak kemasyhuran.

Yulo meraih pingat emas pertama di pentas antarabangsa ketika berusia 14 tahun apabila muncul pemenang ketika menjuarai Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN pada 2014.

Pada 2016, Yulo telah menerima tawaran program biasiswa daripada Persatuan Olimpik Jepun untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Teikyo dan menamatkan pengajian dalam bidang kesasteraan pada 2022 dan ketika di Jepun dia benar-benar mengambil kesempatan untuk mengasah bakatnya dalam dunia gimnastik.

Pada 2018, dia muncul sebagai gimnas Filipina dan Asia Tenggara pertama meraih pingat pada Kejuaraan Gimnastik Artistik Dunia di Doha dengan membawa pulang gangsa sebelum menukar warnanya kepada emas pada kejohanan sama di Stuttgart, Jerman tahun berikutnya.

Di sebalik kejayaan itu, Yulo mengakui banyak kali terlintas untuk bersara daripada dunia gimnastik kerana masalah homesick apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga pada usia yang muda selain pelbagai kesukaran ketika berada di Jepun menyebabkan asanya hampir putus, namun berjaya menguatkan azam untuk terus kekal.

Budaya di Filipina menyaksikan bola keranjang adalah sukan yang paling diminati oleh rakyat negara itu, namun ramai yang berharap kejayaan Yulo meraih dua pingat emas dan Hidilyn

Diaz yang meraih emas untuk sukan angkat berat ketika di Tokyo membuka mata banyak pihak terutama kerajaan negara itu untuk turut memberikan perhatian terhadap pembangunan sukan-sukan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN