fbpx
Gambar hiasan. - Unsplash

Ibu bapa pasang kamera pengintip dalam bilik tidur anak perempuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang gadis berumur 20 tahun di China nekad membuat laporan polis selepas ibu bapa sendiri memasang kamera pengintip di dalam bilik tidurnya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Gadis dikenali sebagai Li itu membuat aduan di sebuah balai polis di Beijing pada 26 Julai lalu. 

Li berkata, ibu bapanya bersikap terlalu ‘mengawal’ hingga sanggup memasang kamera di bilik tidurnya. 

Mereka juga memukul serta membaling telefon bimbitnya ke lantai, setiap kali dia melakukan kesilapan.

Gara-gara tidak tahan dengan perangai mereka, dia lari dari rumah kerana mahukan ‘kebebasan’ serta hidup berdikari. 

Pegawai polis tempatan, Zhang Chuanbin berkata, cara penjagaan ibu bapa Li salah meskipun mereka mempunyai niat yang baik. 

Kejadian itu menjadi tular di media sosial dan mengundang kecaman orang ramai. 

“Sangat mengerikan. Tidak mempunyai ruang sendiri walaupun sudah berusia 20 tahun,” kata netizen. 

“Penjara pun lebih menghormati privasi orang daripada ini,” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN