Selidiki ramalan cuaca untuk memastikan anda bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dalam percutian.

Inspirasi gaya percutian buat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kadangkala memilih pakaian untuk dibawa semasa percutian rumit juga. Anda perlu bawa pakaian secukupnya supaya anda bersedia bagi segala kemungkinan atau senario.

Pada masa yang sama, kita juga tidak mahu terpaksa membawa beg yang terlalu berat dan besar ke sana ke mari.

Solusi untuk masalah ini, kita seharusnya perlu bijak pasang strategi dengan hanya membawa items (barang-barang) yang mudah disuai padan (mix and matched) antara satu sama lain.

Sama ada mahu ke pantai, kawasan luar bandar (countryside) atau ibu kota, anda masih boleh membawa bagasi yang ringan dengan muatan pakaian dan aksesori mencukupi untuk pelbagai acara.

Paling penting, anda perlu bawa pakaian serta aksesori yang boleh digayakan dari siang hingga malam.

Minggu ini, saya titipkan panduan yang dapat membantu dalam memastikan anda bercuti penuh bergaya di destinasi pilihan.

Harapan saya moga segala panduan ini dapat memberikan anda inspirasi untuk bergaya santai tetapi masih ‘in style’ bagi merai percutian anda.

Senarai pakaian
Sebelum bercuti, pastikan anda membuat senarai pakaian dan keperluan untuk pastikan anda tidak membawa barang-barang berlebihan atau terlupa membawa sesuatu.

Selidiki ramalan cuaca untuk pastikan anda bawa pakaian yang sesuai cuaca di destinasi percutian anda.

Bawa pakaian yang boleh dikitar pakai beberapa kali (multiple wears), elakkan membawa pakaian yang hanya boleh digayakan sekali dan tidak sesuai digayakan dengan padanan yang lain.

Be realistic, bawa hanya apa yang anda betul-betul akan pakai dan juga perlukan.

Aksesori
Fikirkan aksesori (contoh: skaf, tali pinggang, anting-anting, rantai atau sesuatu yang tidak mengambil banyak ruang dalam beg anda) yang dapat menyerlahkan lagi gaya penampilan anda.

Great pop to your wardrobe and looking like you are wearing different outfits.

Items yang perlu dibawa semasa percutian: pouches dan beg plastik, kaca mata hitam, makanan ringan (snacks), a good book, flip flops, a travel water bottle, topi yang boleh dilipat (foldable hat), ubat-ubat asas (medicinal basics), pembasmi kuman (hand sanitizer) , beg silang (a cross body bag).

Sneakers, sandal dan wedges adalah kasut paling ideal untuk dibawa ketika bercuti kerana ringkas dan tahan lasak.

Santai
Jean pastinya adalah antara senarai utama yang perlu dibawa. Jean cukup santai, ringkas dan paling selesa dibawa kemana-mana.

Ia juga pilihan terbaik untuk gaya dressed up or down: Just swap trainers for heels and a plain tee for a silk shirt. Perfect! Keep it simple and stylish with a plain t-shirt.

Pilih t-shirt potongan klasik yang boleh digayakan dengan pelbagai padanan.

Sandal dan skaf
Laburkan sedikit wang anda untuk beli sandal yang paling selesa, supaya anda boleh memakai dan berjalan berjam-jam lamanya tanpa kaki rasa sakit.

Skaf adalah suatu kemestian. A lightweight scarf can double as a shawl when the sun goes down and evening get cooler.

Casual Blazer cukup chic digayakan apabila cuaca sedikit dingin, dan juga stylish untuk acara malam.

Kemeja longgar
Kemeja yang longgar (loose-fitting shirt) adalah pilihan yang sempurna dan multifungsi.

Gayakan dengan apa jua padanan – the styling options are limitless!

Gulungkan pakaian (rolling clothes) dapat mengelakkan pakaian renyuk dan juga menjimatkan ruang dalam beg anda.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN