fbpx
Menjual durian secara longgok atau bakul lebih menguntungkan pembeli dan penjual. – Gambar hiasan

Luahan pembaca: Dah hujung musim ni, jual bakul saja lah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Musim durian sudah masuk ke penghujung musim, namun masih ada lagi peniaga di tepi jalan yang menjual mengikut timbangan.

Buah yang sudah merekah masih dijadikan taruhan untuk dijual sedangkan ia boleh sahaja dilelong asalkan dapat menguntungkan penjual dan pembeli.

Ada peniaga yang dilihat terkial-kial untuk menghabiskan jualan sehingga ke lewat malam sedangkan kuantiti yang sama masih berada di meja jualan seperti yang dilihat pada waktu siang.

Jual sahaja durian dalam bakul untuk harga antara RM30 hingga RM100 asalkan dapat balik modal. Ketika ini jangan fikirkan untung tetapi dapat bertahan pun sudah cukup baik.

Memang boleh dibuat tempoyak untuk durian yang sudah masam tetapi alangkah indahnya jika kita dapat bersedekah kerana ada individu menunggu waktu sebegini untuk menikmati durian ekoran harganya yang lebih murah.

Jika tidak dibuat begitu, penjual perlu menunggu sehingga musim akan datang untuk berniaga semula. Bukankah lebih baik dijual daripada terbiar tanpa dipinang pembeli.

Rabak poket,
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN