fbpx
Jalur Gemilang

Sedih ramai tak kibar Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARI ini, kita ada lebih kurang 31 hari lagi sebelum rakyat bakal meraikan kemenangan Malaysia yang menterjemahkan simbolik kebebasan, simbolik kedaulatan sesebuah negara.

Ini bermakna, pada tanggal 31 Ogos ini, sudah 67 tahun Malaysia meraikan kemerdekaan tanah air sendiri, kita bebas daripada segala penjajah, terus membangun, membina sebuah negara bangsa dihormati.

Bagi generasi yang lahir selepas tahun 1957, mungkin boleh dikategorikan dalam lingkungan umur 60 tahun ke bawah, rasanya kita tidak merasai kesengsaraan dalam mengecapi nikmat ‘kebebasan’.

Kita mungkin tidak merasai perasaan menghunus senjata atau bersilat menentang musuh, kerana tatkala melihat dunia, tanah air Malaysia sudah merdeka, menjadi negara berdaulat.

Jadi, apakah tindakan kita dalam meraikan hari kebebasan ini? Adakah hanya mengikut ‘flow’ sahaja dengan melihat orang mengibarkan Jalur Gemilang atau sesekali memberi tanda suka pada hantaran berkaitan merdeka di media sosial.

Dalam konteks ini, rakyat Malaysia seharusnya sudah mula mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat cintakan tanah air.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa semua lapisan rakyat termasuk sektor swasta untuk mengangkat semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.

Anwar berkata, beliau berharap semua rakyat dapat menjayakan misi itu seiring tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini, iaitu Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.

“Ini bukan isu kaum, parti, kedudukan atau pekerjaan, ini soal jati diri, maruah, harga diri.

“Ini satu negara, bila merdeka kibaran bendera meluas di seluruh negara, dipasang di setiap gerai warung dan rumah dan pondok, setiap sekolah, masjid, kuil, gereja dan setiap jabatan.

“Jadi, pastikan kita jadikan tahun ini sebagai tahun yang mempamerkan kemegahan rakyat dan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 baru-baru ini.

Pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran turut mengajak rakyat terus mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan sebagai menghargai jasa pejuang terdahulu.

“Agenda merdeka menjadi perkara diidamkan oleh negara dunia, negara yang belum capainya masih hidup dalam kawalan. Jadi, kita kena syukur dengan perjuangan lepas.

“Justeru, sebagai tanda menghargainya, kita kena semarakkan merdeka dengan memberi sokongan kepada inisiatif dilaksanakan termasuk mengibarkan bendera seperti di premis dan rumah,” jelasnya.

Katanya, ia merupakan sesuatu perkara yang menyedihkan jika rakyat tidak menyemarakkan sambutan merdeka kerana ia merupakan sesuatu tindakan mudah.

Ujarnya, selain mengibarkan bendera secara fizikal, rakyat juga boleh mengibarkan bendera seperti di sosial media dengan menukarkan gambar profil kepada Jalur Gemilang sebagai contoh.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos ini diadakan di Putrajaya, manakala Hari Malaysia akan berlangsung di Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN