fbpx
Tengku Rezza (kiri) menunjukkan durian duri hitam seberat enam kilogram digerainya di Bentong baru-baru ini.

Hari-hari boleh makan musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Peminat durian boleh menikmati keenakan raja buah itu pada bila-bila masa kerana musim durian di negeri ini berterusan sepanjang tahun dengan kemuncak musim pada pertengahan Ogos ini.

Pemborong dan penjual durian, Tengku Rezza Tengku Abdul Razak berkata, musim durian bagi semua jenis mula mencapai kemuncak termasuk musang king dan duri hitam bulan depan.

“Pada masa ini durian sema­kin banyak luruh termasuk musang king malah harga juga berpatutan dengan ada antaranya dijual pukal dalam bakul.

“Setakat ini permintaan paling tinggi daripada peminat raja buah adalah musang king dan duri hitam,”katanya semalam.

Menurutnya, pada masa ini musang king dan D24 dijual pada harga RM100 sebakul dengan setiap satunya mempunyai sembilan biji.

Katanya, harga bagi kategori timbang pula ialah RM26 ke atas bagi musang king manakala RM40 ke atas bagi duri hitam.

Selain itu, durian kampung ialah RM14 sekilogram.

Dalam pada itu Tengku Rezza berkata, setiap hari dia mampu menjual lebih 800 kilogram (kg) musang king dan 300kg durian duri hitam.

“Pembeli raja buah bukan sahaja dari daerah ini tetapi dari seluruh negara khususnya Lembah Klang.

“Malah pelancong asing antaranya dari Indonesia dan Australia juga turut tdak melepaskan peluang untuk ke sini bagi menikmati keenakan durian musang king,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN