fbpx
KEADAAN Myvi yang dinaiki Muhammad Haniff Idham dan Nurshabirah Izzani (gambar kecil) yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Terengganu kelmarin.

Cinta di bangku sekolah berakhir kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Hajat sepasang kekasih untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini tidak kesam­paian apabila mereka maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan di sini kelmarin.

Dalam kemalangan pada pukul 10.30 malam itu, Muhammad Haniff Idham Mohd. Azmi, 24, dan Nurshabirah Izzani Zulkarnain, 22, maut sewaktu menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan rasmi sebuah agensi kerajaan jenis Toyota Fortuner sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu dilanggar pula kenderaan utiliti sukan jenis Range Rover dan kereta Proton Saga.

Bapa Nurshabirah Izzani, Zulkurnain Abdullah, 57, berkata, keluarganya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pasangan kekasih itu bersama anak kedua, Zul Adri Amin, 26, dan Nur Hadirah, 25.

“Arwah yang merupakan anak keempat berkenalan dengan arwah Muhammad Haniff Idham sejak di bangku sekolah.

“Mereka merancang untuk bernikah dan saya menca­dangkan agar majlis itu diadakan sekali dengan abang kedua dan kakak ketiganya pada akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

ZULKURNAIN (kiri) dan Zulfahmi Aiman menunggu jenazah Nurshabirah Izzani di Rumah Mayat HSNZ, Kuala Terengganu semalam.

Zulkurnain berkata, tarikh tersebut sesuai kerana bakal menantunya, Muhammad Haniff Idham yang baru mendapat kerja memulakan tugas sebagai pekerja pelantar minyak selama tiga bulan bermula minggu depan.

Tambah bapa kepada tujuh anak itu, Nurshabirah Izzani dan Muhammad Haniff Idham telah membuat sedikit persiapan perkahwinan mereka.

Sementara itu, adik kelima Nurshabirah Izzani, Zulfahmi Aiman, 19, berkata, sewaktu kejadian, kakaknya dan Muhammad Haniff Idham dalam perjalanan untuk malam makan di sebuah restoran di Pulau Duyong di sini.

Altet berbasikal Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) itu berkata, sebelum itu, Muhammad Haniff Idham mengambil kakaknya yang baru pulang dari tempat kerja sebagai jurujual sebuah butik produk sukan berjenama di sebuah pusat beli-belah di bandar raya tersebut.

“Saya difahamkan arwah kakak (Nurshabirah Izzani) mahu meraikan majlis ulang tahun kelahiran abang Haniff yang sepatutnya berlangsung lebih awal.

“Mereka mahu meraikan awal kerana abang Haniff dijadual berada di laut (pelantar minyak) pada hari ulang tahun kelahirannya,” katanya.

Zulfahmi Aiman berkata, sewaktu kali terakhir bertemu arwah Nurshabirah Izzani di rumah keluarga di Kampung Belukar Sukai di sini pada Khamis lalu, mereka sekeluarga dihi­dangkan jemput-jemput udang yang dimasak kakaknya.

“Ayah, ibu dan kami semua beradik kecuali abang sulung berselera makan makan jemput-jemput udang yang sangat sedap itu.

“Sebenarnya arwah (Nurshabirah Izzani) sebelum ini kurang memasak, tetapi pada hari itu dia tiba-tiba rajin masuk ke dapur,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN