fbpx
Gambar hiasan

Duit hakis nikmat sebenar bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HIDUP sekarang memang kejam, semuanya berpaksikan kepada wang ringgit.

Ada mengatakan wang tidak menjamin kebahagiaan, tetapi itulah lumrah masa kini, tidak kiralah apa pun kita lakukan segalanya berkisar kepada duit kerana zaman sekarang ‘melepaskan hajat’ di tandas pun dikenakan bayaran.

Suka atau tidak itulah realiti terpaksa kita semua telan untuk mengharungi liku-liku kehidupan seharian yang segalanya memerlukan duit dan sudah dianggap sebagai ‘pengeras’ dalam banyak hal.

Hal babitkan bil utiliti, kesihatan, hiburan semuanya memerlukan duit dan tidak ketinggalan jika kita bercakap tentang bola sepak yang dahulunya begitu sinonim dengan gelaran sukan rakyat.

Penulis yang lahir di hujung 1980-an agak bertuah kerana dapat melalui dua fasa berbeza yang mana suatu ketika dahulu agak mudah untuk kita berkumpul dan bermain bola sepak bersama rakan tanpa mengira latar belakang.

Dahulunya masih mudah mendapatkan tanah lapang untuk bermain bola sepak, sebaliknya sekarang sudah jarang ditemui dan yang ada adalah padang berbayar hingga mampu mencecah RM1,000 bagi satu-satu perlawanan.

Pada asalnya bidang profesional bola sepak adalah untuk menjadi sukan ini sebagai salah satu kerjaya yang boleh menjamin masa depan, sebaliknya hari demi hari, ia kini seakan dijadikan ‘gelanggang’ kepada kapitalis mengaut keuntungan.

Ini termasuklah soal harga tiket, takrif langganan siaran langsung yang makin mahal dan terbaharu berlakunya monopoli hak kejohanan Euro 2024 yang menyaksikan rakaman sorotan pun jadi bahan jualan.

Tidak hairanlah jurulatih ternama seperti Marcelo Bielsa pernah menganggap bola sepak moden sudah hilang seri dan tidak lagi indah seperti sebelum ini kerana hanya pentingkan jumlah penonton dan juga wang berbanding nilai bola sepak.

Jurulatih dari Argentina yang kini melatih Uruguay itu menganggap, bola sepak sudah menjadi sukan mahal hinggakan nikmatnya makin hilang dan orang miskin tidak lagi boleh mencari kegembiraan melalui sukan ini.

“Jika anda tidak memastikan apa yang orang tonton sesuatu yang menyenangkan, ia hanya memberi manfaat kepada perniagaan yang mengambil berat tentang berapa ramai orang yang menonton.

“Bola sepak untuk semua. Orang miskin yang tidak mempunyai wang untuk membeli perkara menggembirakan mempunyai bola sepak, itu percuma bagi mereka tetapi kini mereka tidak memilikinya lagi,” kata Bielsa.

Menyentuh mengenai ‘kuasa wang’, di Malaysia juga sudah dijangkiti ‘penyakit’ sama yang mana secara terang-terangan wujud taraf berbeza antara 13 pasukan yang bersaing di Liga Super. Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor adalah jaguh utama apabila tidak dihimpit masalah tunggakan gaji ataupun kemelut kewangan.

Ada yang berpendapat, tuntutan gaji terlampau tinggi hingga melebihi batas sudah dinormalisasikan hingga ada pemain memperoleh pendapatan melebihi seorang ketua pegawai eksekutif atau pengarah syarikat gergasi.

Soal gaji pemain sering dijadikan ‘kambing hitam’, namun ia tidak boleh dijadikan penyebab tunggal, sebaliknya semua pihak berkepentingan dalam kelab harus memainkan peranan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN