fbpx
Fadillah (tengah) bersama Benson (kanan) sewaktu majlis perasmian sistem pembayaran JuiceUP di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Inovasi sistem pembayaran mudah pengecasan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KONSEP pembayaran tanpa sentuh telah menjadi trend masa kini.

Ia telah diaplikasikan oleh pelbagai syarikat sebagai salah satu medium transaksi bagi memudahkan pengguna.

Perkembangan teknologi telah memungkinkan pembayaran tanpa sentuh dapat dilaksanakan dengan lancar dan mewujudkan gaya hidup tanpa tunai terutama di bandar.

Turut meraikan trend masa kini itu adalah syarikat penyelesaian awan pengurusan pengecasan kenderaan elektrik (EV), JuiceUP.

Syarikat itu membawakan inovasi sistem penyelesaian pembayaran terbuka bagi memajukan kebolehcapaian dan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif JuiceUP berkata, Benson Lim berkata, penyelesaian awan hujung-ke-hujung bersepadu sepenuhnya dengan keupayaan pembayaran tanpa sentuh merupakan inovasi syarikat berkenaan.

Ini membolehkan perkongsian strategik dengan peneraju industri dalam EV, kewangan dan penyelesaian pembayaran, tenaga boleh diperbaharui dan internet of things (IOT).

“Inovasi ini memanfaatkan kepakaran kami sebagai penyedia Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang mengkhusus dalam pengurusan infrastruktur pengecasan EV untuk Pengendali Titik Caj (CPO).

“Kami juga membawakan sistem penyelesaian pembayaran terbuka dengan menawarkan penyelesaian universal dan menyokong pelbagai kaedah pembayaran.

“Ini membolehkan pengguna membayar dan mengecas EV dengan mudah di mana-mana rangkaian pengecasan, tanpa memerlukan aplikasi atau langganan tertentu.

Pengguna boleh membuat bayaran tanpa tunai menggunakan JuiceUP.

“Pihak kami juga memanfaatkan kepakaran kolektif peneraju industri utama dalam sektor EV, tenaga, perbankan dan kewangan.

“JuiceUP bersedia untuk meningkatkan penyelesaian pembayaran EV tanpa geseran ditambah dengan Sistem Pengurusan Titik Caj (CPMS) yang teguh di seluruh negara,” katanya.

Dia berkata demikian pada majlis pelancaran sistem pembayaran JuiceUP di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, inovasi itu juga dapat memudahkan pengalaman pengecasan dan memacu ke hadapan cita-cita kerajaan Malaysia untuk meningkatkan penggunaan EV di negara ini.

Beberapa rakan industri yang terlibat adalah Visa, CIMB, Bank Islam, Bank Muamalat, PaidChain, CUCUK, JusEV, TNB Electron, EVPower,

Gading Kencana, Malakoff, TELD, VSD Automation, Sinexcel, Reactive Energy dan My Evolution.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya lagi, memandangkan banyak pengeluar kereta memperkenalkan EV mampu milik, jadi penting untuk infrastruktur pengecasan atau pembayaran memberikan pengalaman pengguna yang konsisten.

“Kami percaya bahawa inovasi adalah teras penggerak untuk merapatkan jurang ini dengan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan dalam ekosistem EV.

“Sistem penyelesaian pembayaran terbuka ‘Tap and Juice-up’ kami yang mudah, cepat dan tanpa geseran kini beroperasi sepenuhnya di bandar-bandar utama. Kami menjangkakan dapat menampung 80 peratus rangkaian pengecasan di seluruh Malaysia menjelang 2025,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penjualan & Perolehan Pedagang, SEA Serantau Visa, Brandon Louie berkongsi, EV semakin popular di Malaysia dan pemandu memerlukan pengecasan serta pilihan pembayaran pantas. ​​

“Visa ialah peneraju dunia dalam pembayaran digital, menyokong pertumbuhan pengangkutan hijau dengan penyelesaian inovatif kami.

“Kami menawarkan cara yang cepat, mudah dan selamat untuk pemandu EV membayar dengan hanya mengetik kad debit atau kredit mereka.

“Kami teruja bekerjasama dengan JuiceUP untuk meningkatkan pengalaman pembayaran untuk pemandu EV di Malaysia,” kongsinya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, sudah menjadi harapan pihaknya untuk melihat semua pihak berkepentingan bersatu dan membina persekitaran EV.

“Kita boleh memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk mewujudkan hubungan kukuh dan saling berkaitan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN