fbpx
Ah Chuan (tengah) bersama Tengku Rezza (kiri) menunjukkan durian musang king yang dibelinya untuk dihantar ke Medan Indonesia di Bentong semalam.

Musang king ‘belayar’ ke Medan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Durian musang king Raub bukan sahaja menjadi buruan penggemar raja buah tempatan, malah turut menjadi pilihan penggemar durian di Medan, Indonesia.

Seorang penggemar durian, Ah Chuan, 45, yang berasal dari Medan berkata, dia datang ke Bentong semata-mata untuk menikmati dan membeli durian musang king Raub bagi dibawa balik ke negaranya.

“Ini adalah kali kelima saya datang ke sini untuk membeli durian musang king Raub kerana durian musang king ini menjadi kegemaran di Medan, rasanya sangat enak dan unik.

“Memang di tempat saya orang ramai khususnya penggemar durian ternanti-nanti buah musang king Pahang setiap kali musim durian,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, setiap kali ­proses penghantaran, dia membeli ­antara satu hingga dua tan durian musang king daripada pemborong di sini untuk dihantar ke Medan.

Katanya, buah berkenaan mengambil masa kira-kira 13 jam untuk sampai ke medan yang dihantar menggunakan kapal di Pelabuhan Klang di Selangor.

“Sememangnya penghantaran buah ini amat dinantikan penggemar durian di Medan, dengan masa tidak sampai sehari juga buah yang dihantar masih lagi segar dan dijual dengan harga berpatutan.

“Memang ada juga durian di Medan, tetapi durian musang king Pahang lebih diminati,” ujarnya.

Tambahnya, setiap kali musim durian dia akan berada di sini bagi menguruskan penghantaran durian ke Medan selain berulang alik antara Malaysia dan Medan.

Sementara itu, pemborong durian, Tengku Rezza Tengku Abdul Razak berkata, dia sentiasa bersedia membekalkan durian musang king Raub untuk dipasarkan di pasaran Medan Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, pada kali dia perlu menerima tempahan awal memandangkan jumlah permintaan yang tinggi termasuk untuk pasaran tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN