fbpx
BERDAMAI dengan takdir. Itu yang dilakukan penyanyi, Khai Bahar selepas melalui episod duka kehilangan ibu tercinta enam bulan lalu selain perlu kuat menepis pelbagai fitnah yang meliar meracuni imejnya ketika ini.

Khai Bahar tak ‘kuasa’ nak berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MASIH berada dalam fasa berduka, namun hidup tetap perlu diteruskan. Berat tetapi itulah hakikat yang perlu didepani Khai Bahar selepas pemergian ibu tercinta pada Januari lalu.

Kehilangan yang begitu perit untuk ditelan, namun pemilik nama penuh Muhammad Khairul Baharuddin itiu harus berdamai dengan takdir yang sudah diaturkan Tuhan.

Ketika jiwanya berperang menerima takdir tersebut, bertalu-talu pula dia dilempar fitnah dan kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan rekod bersihnya sebagai anak seni selama ini.

Semua kontroversi tersebut membuatkan ramai mula mengandaikan seperti wujud cubaan demi cubaan untuk menjatuhkan nama baiknya selama ini.

Bukan hanya difitnah menjalin hubungan sejenis, Khai bahkan didakwa kerap keluar berhibur dan suka berparti.

Sedar diburuk-burukkan, namun pelantun lagu Luluh itu enggan terlalu ‘melayan’ segala kontroversi negatif. Dalam masa sama, dia terkilan kerana sudah acap kali dikaitkan kisah sebegitu.

“Saya hairan juga sebab ada sahaja dakwaan yang tidak benar tercetus.

“Namun, saya yakin kenalan terdekat tidak akan sesekali menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan saya.

1- KHAI cuba mengamalkan gaya hidup sihat selain memaksa diri tidur pada waktu sepatutnya bagi mengelakkan kemurungan seperti pernah dialami sebelum ini. – FIRDAUS JOHARI

“Apabila orang sibuk buat fitnah, kita mahu lawan pun tak guna. Ikut suka mereka hendak cakap apa, kalau sudah penat, mungkin ketika itu mereka akan berhenti,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu menambah, tuduhan kaki parti adalah perkara tidak berasas sementelah segala ‘semangat’nya untuk berhibur juga sudah memudar sejak ibunya jatuh sakit beberapa tahun lalu.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana memiliki ahli keluarga yang sentiasa percaya dan tidak mempersoalkan kehidupan peribadinya selama ini.

“Keluarga tidak pernah tanya sebab mereka kenal siapa saya.

“Kalau nak kata suka berparti, saya jarang lepak dengan kawan-kawan.

“Selepas ibu disahkan sakit dua tahun lalu, saya sudah bataskan aktiviti luar sebab tidak mahu terleka dengan duniawi.

“Sekarang selepas ibu pergi pun, saya lebih senang duduk rumah. Entahlah, rasa kosong dan tiada adrenalin untuk berhibur seperti dahulukala,” jelas pelantun lagu Bayang itu.

Bukan individu yang mudah melenting apatah lagi berdendam, Khai sentiasa memaafkan individu yang memburukkan dirinya kerana enggan ketenteraman mentalnya terganggu.

“Saya bukan jenis yang mudah benci atau marah orang. Kalau marah sekali pun, saya yang akan rasa bersalah dan pada akhirnya, saya minta maaf terlebih dahulu.

“Bila marah, jiwa rasa tidak tenang. Jadi, jika ada orang cuba cari pasal, saya biarkan sahaja.

“Ketika ini, saya hanya fokus kepada mereka yang menyayangi dan menghormati saya,” tutur jejaka berusia 30 tahun itu.

SELAIN keluarga, Khai sangat bersyukur kerana dijaga para peminat setia yang sentiasa berpesan dan menasihati dalam banyak aspek kehidupan.

Kesihatan mental

Ditanya keadaan kesihatan mentalnya apabila kerap menjadi mangsa tohmahan ramai, dia mendedahkan pernah berdepan masalah serangan panik dan kebimbangan melampau atau anxiety sekitar tahun 2019.

“Sebenarnya saya pernah melalui detik serangan panik, anxiety dan kemurungan. Ketika itu saya rasa hilang dan jiwa kosong tetapi saya sedar, kalau tak dikawal memang akan musnahkan semuanya.

“Selama setahun juga saya cuba lawan kemurungan.

“Setiap malam saya menangis, rasa jantung hendak meletup dan rasa hendak mati,” kongsinya.

Bagi menangani masalah tersebut, Khai dia juga dibekalkan ubat tidur bagi membantu proses pemulihannya, namun lebih selesa untuk pulih secara semula jadi.

“Macam-macam usaha daya lakukan untuk rawat termasuk jumpa pakar dan dapatkan rawatan serta bertemu ustaz bagi mendapatkan nasihat.

“Syukur semuanya semakin pulih dan tidak mudah ‘down’.

“Kini, kalau rasa ‘down’ saya sudah mampu kawal diri dan emosi. Apa sahaja ujian dan cabaran, saya boleh tepis begitu sahaja.

LARI daripada genre kebiasaan, penyanyi kelahiran Smule itu berharap single Bawa Hatiku Bersama Kamu mendapat tempat dalam hati peminat seperti lagu-lagunya sebelum ini.

Single baharu

Beralih perihal kerjaya, Khai kini mempertaruhkan single terbaharu ciptaan pemuzik terkenal, Ajai berjudul Bawa Hatiku Bersama Kamu.

Katanya, single mengetengahkan jalan cerita individu yang masih menyimpan memori percintaan dengan bekas kekasih itu sudah dirakam sekitar dua tahun lalu.

“Ini lagu pertama saya bekerjasama dengan Ajai yang merupakan salah satu peluang hebat saya sebagai seorang penyanyi.

“Karya ini sangat penting untuk portfolio saya, genre lagunya juga berbeza daripada yang sering saya nyanyikan sebelum ini,” katanya yang tak pernah meminta sebarang lagu daripada Ajai.

Bercerita lanjut, proses rakaman mengambil masa lama kerana ingin memberi kepuasan kepada Ajai.

“Proses rakaman lagu ini bermula selepas isyak sehingga pukul 3 pagi. Memang lama tapi saya ikutkan sahaja selagi Ajai tidak puas.

“Banyak yang saya pelajari sepanjang bekerja dengan Ajai ditambah pula dia memang seorang yang teliti, jadi memang ambil masa lama.

“Hasilnya sekarang memang hebat tetapi kalau diberi peluang rekod sekali lagi pun saya mahu,” ujarnya yang turut berharap lagu tersebut berjaya bolos ke pentas Anugerah Juara Lagu.

KHAI anggap pengalaman bekerja dengan Ajai sangat mahal dan memberi banyak ilmu baharu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN