PETALING JAYA – Jika tak merajuk Penyanyi yang juga suami kepada Ernie Zakri iaitu Syamel mencontohi cara Rasulullah SAW mengawal kemarahan,
Berkongsi mengenai sikap suaminya, Ernie atau nama penuhnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata Syamel akan menggunakan elemen kelembutan seperti diterapkan Rasulullah dalam menjernihkan hubungan suami isteri.
“Kalau ada perselisihan faham, saya akan wajib merajuk dulu. Jika tak merajuk, saya tak puas.
“Tapi satu benda yang dia selalu kongsi dengan saya ialah tentang Rasulullah dan Aisyah. Rasulullah sendiri kalau dia marah, dia akan datang balik dekat Aisyah dan peluk dan Syamel cuba untuk menerapkan kelembutan sebegitu dalam hubungan,” katanya dalam sebuah temu bual podcast.
Dalam pada itu, Ernie berkata, Syamel juga memandang sifat mengalah itu adalah satu bentuk kemenangan buat dirinya sebagai suami.
“Saya adalah orang yang kalau marah, memang marah betul tetapi pada akhirnya, memang suami saya yang akan beralah.
“Pada dia, beralah itu adalah satu kemenangan. Dia beralah dan kata dia dapat balik hubungan serta keberkatan dalam rumah tangga.
“Jadi dia tak pernah rasa malu untuk beralah dan perkara itu yang saya belajar. Bila setiap kali saya rasa macam nak marah ke apa saya akan macam, tak mengapa, semua ini boleh selesai,” ujarnya.
Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE






