fbpx

Pemuda sesal hanyut dalam dunia songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malik akhirnya disahkan menghidap HIV selepas terjebak seks songsang sejak usia 12 tahun. – Gambar hiasan

“KALAULAH dapat diundurkan masa, saya bersumpah atas nama Allah untuk tidak terjebak dalam hal-hal sedemikian.”

Itu luahan sesalan Malik (bukan nama sebenar) selepas apa yang berlaku kepadanya kira-kira sedekad lalu.

Lama menyimpan derita berseorangan, anak kelahiran Paya Jaras, Selangor itu menguatkan semangat untuk berkongsi apa yang selama ini terbungkam dalam hati.

Beritahu Malik, 23, hidupnya kini malap seakan tiada makna selepas disahkan doktor menghidap virus kurang imun (HIV) sejak tahun lalu.

“Ketika menerima berita ‘sial’ tersebut, saya rasakan hidup ini seakan sudah berlalu. Kenapa Tuhan memberikan ujian sebegitu hebat dan berat buat diri ini.

“Ya saya tahu, ini mungkin teguran halus daripadanya atas apa yang saya lakukan selama ini.

“Pun begitu, sumpah itu semua bukan kehendak diri saya sendiri,” katanya memulakan bicara bersama Panorama.

Cerit­anya yang kini bekerja sebagai pembantu dapur di salah sebuah restoran di ibu kota, segalanya itu bermula ketika dia berusia 12 tahun.

Katanya, dia mula terjebak dengan kancah seks sesama jenis selepas ‘termakan’ pujukan abang sepupunya yang tidak jauh beza umur dengannya.

“Ketika itu saya selalu ke rumahnya kerana adik lelakinya sebaya dan sekelas dengan saya. Jadi, banyak masa saya habiskan di rumah mereka selepas tamat sesi persekolahan.

“Entah bagaimana pada suatu hari, saya ternampak yang abang sepupu sedang asyik leka menonton bahan pornografi di telefon pintar di dalam biliknya.

“Jadi, perkara itu diketahui dan dia lantas terkejut melihat saya yang ada di depan pintu biliknya yang tidak berkunci. Dia segera memanggil saya dan mengunci pintu tersebut.

“Maka ketika itulah semuanya bermula. Saya masih ingat peristiwa ‘gelap’ itu sampai detik ini. Seawal usia sebegitu (12 tahun) saya sudah ‘diperlakukan’ sedemikian rupa oleh saudara sendiri.

“Saya dipaksa untuk memuaskan nafsunya yang ketika itu baru sahaja berusia 17 tahun. Dia juga mengugut untuk memukul saya andai kata saya berani memberitahu apa yang dilakukannya itu,” katanya.

Akui Malik, sejak itu, dia mula ketagih dan sering kali datang secara senyap-senyap ke rumah sepupunya itu tanpa diketahui sesiapa untuk melakukan perkara jijik tersebut berulang kali.

Kata anak bongsu daripada tiga beradik itu juga, ketika itu dia langsung tidak memikirkan dosa atau kesan buruk di sebalik apa yang dilakukan itu asalkan kepuasan menjadi milik mereka berdua.

“Bayangkan selama dua tahun saya ikut dan puaskan sahaja nafsu songsang serakah abang sepupu. Sampaikan pelajaran saya ketika itu juga jauh ketinggalan.

“Kami kemudian ‘terpisah’ disebabkan abang sepupu mendapat tawaran berkhidmat dengan agensi kerajaan dan berpindah ke Sabah.

“Hubungan kami juga jadi jauh dan semakin renggang sampailah dia bernikah dan kini mempunyai dua cahaya mata dan terus menetap di sana.

“Namun sebaliknya pada diri saya apabila kekal hanyut dalam dunia fantasi sendiri. Bila ‘hilang’ abang sepupu, saya jadi berani dan mula terlibat dengan aktiviti songsang di dunia luar menerusi laman sosial.

“Di usia muda yang sepatutnya digunakan secara bermanfaat untuk mencari ilmu dan memiliki kerjaya, saya habiskan dengan aktiviti seks songsang sampailah saya ‘dianugerahkan’ HIV daripada Tuhan sebagai pengajaran,” tuturnya.

Entah bagaimana, dia seakan-akan tersedar daripada mimpi dan terpaksa menerima hakikat sebenar mengenai apa yang terjadi kepadanya.

Perkara itu disimpan kemas seorang diri tanpa pengetahuan keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja termasuk abang sepupunya itu.

Dia juga mengakui sudah boleh menerima hakikat dan balasan pengajaran daripada Allah atas cara hidup songsang yang selama ini dirasai bertahun-tahun.

Malik juga nekad untuk berubah ke arah kebaikan serta mendisplinkan diri dengan rawatan susulan sekali gus menjadi insan berguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI