fbpx
Armizan (dua dari kiri) semasa mengadakan lawatan di ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini.

Barangan subsidi RM12.46 juta dirampas sepanjang Ops Tiris 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Pelbagai barangan subsidi bernilai RM12.46 juta dirampas semasa penguatkuasaan Ops Tiris 3.0 dijalankan di kawasan sempadan negara sejak awal tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sebanyak 19,337 pemeriksaan dijalankan di seluruh negara merangkumi stesen minyak, pemborong, pengilang, kuari, pos kawalan dan premis bermula 1 Januari hingga 31 Mei lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 986 kes telah dikenal pasti dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM12.46 juta melibatkan pelbagai jenis barangan.

“Rampasan minyak diesel paling banyak dicatatkan iaitu melibatkan RM11.25 juta diikuti minyak masak (RM363,858), petrol RON 95 (RM320,0946) dan gula (RM282,577).

“Selain itu, tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM232,209 dan tepung gandum sebanyak RM29,232 turut dirampas sepanjang Ops Tiris 3.0,” katanta pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan sempadan sepanjang Sungai Golok di Jeti Polis Marin Pengkalan Kubor sini hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan memberitahu, sebanyak 360 tangkapan dilakukan terhadap warga tempatan, warga asing dan pemastautin tetap.

Menurutnya, skop Ops Tiris 3.0 diperluaskan meliputi barang-barang kawalan lain iaitu gula putih bertapis, minyak masak, tepung gandum, petrol RON95 dan LPG.

“Perlaksanaan operasi itu juga diperkukuhkan dengan penempatan pegawai-pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di pintu-pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan bermula 20 Januari lalu.

“KPDN juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi mengesan kenderaan yang diubah suai untuk digunakan bagi kegiatan penyeludupan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN