fbpx

Tidak perlu kita sindir, caci, ambil iktibar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular yang membongkar kisah Azlan dan Norhidayu sehingga mendapat perhatian ramai.

PETALING JAYA – Orang ramai mendoakan pasangan tular yang membawa anak mereka menaiki motosikal dengan memakai alat pernafasan selepas mereka sah bergelar kerana akhirnya bergelar suami isteri semalam.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan meninggalkan komen positif selepas dikitik hebat sebelum ini.

“Alhamdulillah, semoga kejadian ini menjadi asbab pasangan ini untuk berubah ke arah kebaikan dan meninggalkan masa lalu yang gelap,” kata @midahahyak.

“Alhamdulillah tahniah, pasangan tersebut berusaha untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Tidak perlulah kita caci dan sindir, sebaliknya ambil iktibar daripada kisah mereka,” komen @zayanaba.

“Perancangan Allah sangat cantik. Kita tidak sangka dengan tersebarnya berita viral, pasangan itu dipermudahkan dalam urusan nikah dan kehidupan,” ujar @auntylin.

“Baguslah cerita ini viral alhamdulillah pasangan itu sudah boleh hidup secara halal. Jaga anak itu baik-baik,” komen @syazreen.

Sebelum ini Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Muslim dilaporkan berkata, pasangan itu terpaksa dipisahkan sementara apabila mereka mengakui bukan pasangan suami isteri.

Mohd Azlan semalam meluahkan rasa syukur kerana impian untuk melangsungkan pernikahan dengan pasangannya akhirnya terlaksana.

“Maafkan saya atas kesilapan lalu, saya hanya hamba Allah yang kerdil. Saya harap tidak ada lagi cerita yang tidak elok selepas ini,” katanya.

Lelaki itu turut berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin menghulurkan sumbangan kepada bayi mereka yang menderita penyakit kronik. – KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI