fbpx

Malaysia mengalu-alukan pelaburan Amazon Web Services

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat delegasi Amazon Web Services (AWS)

PETALING JAYA – Malaysia mengalu-alukan pelaburan dan kerjasama strategik Amazon Web Services (AWS) dalam menyokong ekosistem transformasi digital terkini seperti cloud computing, Internet of Things (IoT), 5G dan generative artificial intelligence (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu penting bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan teknologi terkini setanding dengan negara-negara maju yang lain.

“Petang tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Amazon Web Services (AWS) diketuai Naib Presiden Global Public Policy AWS, Michael Punke.

“Dalam pertemuan ini saya dimaklumkan mengenai status kemajuan pelaburan AWS di Malaysia yang diumumkan tahun lalu berjumlah RM25.5 billion (US$6 billion) untuk tempoh 15 tahun bermula 2023,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, itu antara lain melibatkan pembangunan pusat data di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur yang berjalan mengikut perancangan.

“Kemudiannya, saya turut menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif MASDAR, Mohamed Jameel Al Ramahi, dan delegasi seraya diapit Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri.

“Dalam pertemuan ini, MASDAR memaklumkan kemajuan terkait cadangan pelaburan yang akan dilaksanakan di beberapa buah negeri dengan rakan perniagaan tempatan dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

Katanya, perkongsian dan pelaburan strategik seperti ini penting bagi mencetus anjakan kepada ekosistem infrastruktur tenaga Malaysia selari dengan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang sedang giat dilaksanakan.

“Moga kedua-dua pertemuan ini membuka lebih banyak peluang dan ruang pelaburan, penambahan pekerjaan dan lonjakan ekonomi, selain situasi menang-menang antara pihak terlibat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI