fbpx

Bunga Raya 15’s sasar satu kemenangan di ARC 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Kesatuan Ragbi Malaysia, Amir Amri Mohamad (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Sport, Shahrizin Shaharudin (kanan), dan Pengarah kepengadilan Kesatuan Ragbi Malaysia, Nik Ramadan Nik Abdullah (kiri), pada Majlis Penajaan Pakaian Rasmi Pengadil Kebangsaan Ragbi Malaysia, di Plato Space, USJ Heights, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – Pasukan ragbi 15 sebelah (s) negara meletakkan harapan cukup tinggi menjelang penampilan mereka di Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 apabila tekad untuk mencipta sekurang-sekurangnya satu kemenangan.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amir Amri Mohamad menuntut barisan skuad Bunga Raya 15’s berjuang habis-habisan pada saingan ARC 2024 bagi mengelakkan pasukannya itu tumbang dengan jurang mata yang terlalu besar sekali gus tersingkir ke divisyen satu musim depan.

Malaysia yang menduduki ranking No. 50 dunia bakal membuka tirai saingan bertemu dengan pasukan ranking No. 30 dunia, Korea Selatan di Incheon pada 2 Jun ini sebelum melayan kunjungan Hong Kong (24 dunia) di Kuala Lumpur enam hari selepas itu.

Selepas itu, Malaysia akan berkunjung ke Dubai untuk aksi menentang pasukan ranking No. 60 dunia,  Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 21 Jun nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Sport, Shahrizin Shaharudin (lima dari kanan), dan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Tuan Amir Amri Mohamad (empat dari kiri), pada Majlis Penajaan Pakaian Rasmi Pengadil Kebangsaan Ragbi Malaysia, di Plato Space, USJ Heights, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

“Pasukan Bunga Raya 15s akan berlepas pada 31 Mei ini ke Incheon bagi menentang pasukan Korea Selatan pada 2 Jun. Insya-Allah seperti sedia maklum, sasaran kita pada tahun ini adalah untuk menang satu perlawanan dan saya harap KPI (petunjuk prestasi utama) itu dapat dicapai.

“Kita tahu bahawa tahun ini, kita akan berdepan Hong Kong, Korea, dan juga pendatang baharu, UAE. Seperti sejarah sebelum ini, kita belum menang ke atas Hong Kong dan Korea.

“Harap tahun ini kita dapat capai kemenangan ke atas UAE walaupun beraksi di Dubai nanti. Sekiranya menang ke atas UAE, kita ada sedikit kelebihan iaitu ketika menjadi tuan rumah pada 8 Jun menentang Hong Kong (di laman sendiri).

“Harap Malaysia dapat memberi persembahan terbaik dan buat kejutan untuk sekurang-kurangnya mencipta satu keputusan di luar jangkaan,” katanya selepas Majlis Memeterai Perjanjian Penajaan Pakaian Rasmi Pengadil Kebangsaan dan Kerjasama Strategik Antara KRM dan Enervive Sports, hari ini.

Sebagai rekod, pada tahun lalu Malaysia tumbang dalam ketiga-tiga perlawanan apabila tewas 3-27 ketika berdepan Korea Selatan sebelum tewas 9-88. -KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI