fbpx

Cek palsu lebih RM2 juta: Bekas staf KRM didakwa 58 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan 58 pertuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu dua tahun lalu.

Tertuduh Murni Azlina Yurdeksi, 38, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut kesemua pertuduhan, Murni didakwa telah menggunakan 58 keping sebagai tulen cek RHB Bank Berhad berjumlah lebih RM2 juta milik KRM yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai tandatangan pada cek berkenaan adalah palsu (tandatangan di cek).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bank RHB di Wholesale City, Dang Wangi di sini, antara 5 Januari hingga 19 Oktober 2022, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman di bawah Seksyen 468 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

TerdahuluTimbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman dan Raihana Abdul Razak menawarkan jaminan sebanyak RM350,000 bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Bagaimanapun Peguam M.Vijay Kumar yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang ditawarkan pendakwaan dikurangkan kerana anak guamnya yang mempunyai empat orang anak dan mengalami penyakit tiroid.

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Sebelum ini media melaporkan siasatan kes pecah amanah dalam pengendalian akaun bank KRM kini pada peringkat akhir.

Pada Disember 2022, KRM membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki dilakukan seorang daripada kakitangannya, dengan memalsukan tandatangan Presiden dan Bendahari Kehormat KRM bagi memasukkan nama beliau sebagai seorang daripada penandatangan cek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI