fbpx

Pelajar SPM menangis, berjaya skor A Matematik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di laman TikTok yang menunjukkan seorang pelajar menangis kegembiraan setelah mendapat A dalam subjek Matematik.

PETALING JAYA – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa setelah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam video yang dimuat naik oleh Pss Sebesta di laman TikTok, kelihatan pelajar tersebut menangis kegembiraan setelah mengetahui dia berjaya mendapat A dalam subjek Matematik.

“Ini merupakan kali pertama saya lulus Matematik sejak berada di tingkatan tiga,” kata pelajar tersebut dalam ruangan komen.

Difahamkan, pelajar tersebut berjaya mendapat empat A dalam SPM.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai mengakui tersentuh hati melihat pelajar tersebut menangis sewaktu mendapat keputusannya.

“Semasa percubaan SPM, anak saya hanya dapat dua hingga tiga A sahaja. Tetapi apabila SPM yang sebenar, dia dapat semua A. Anak saya punyalah terkejut,” kata Sue.

“Tahniah, saya tumpang gembira lihat kejayaan semua,” kata Syikin.

“Tahniah dik, inilah reaksi paling menyentuh perasaan saya,” kata Namroy.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 8,029 tanda suka dan 410 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI