fbpx

SPM 2023: SMKA Naim Lil Banat terbaik di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (empat dari kanan) bersama warga JPN Kelantan semasa mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 di Pejabat JPN, Tunjong di Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lil Banat, di sini menjadi sekolah terbaik di Kelantan apabila mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.55 bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Bahagian Sektor Pengurusan dan Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Mohamad Abd. Wahab berkata, Gred Purata Negeri (GPN) bagi keputusan SPM 2023 di negeri ini mencatatkan 4.72 iaitu peningkatan sebanyak 0.16 berbanding 4.88 pada 2022.

“Seramai 26,660 calon mendaftar peperiksaan SPM 2023 manakala 25,812 calon menduduki ujian terbabit terdiri daripada 19,985 pelajar Sekolah Bantuan Kerajaan, 4,904 pelajar Sekolah Agama Kerajaan Negeri (Yayasan Islam Kelantan), 760 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 143 calon swasta dan 868 calon persendirian.

“Daripada jumlah itu, sembilan calon mendapat A+ dan seramai 395 orang calon mendapat sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran yang diambil,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2023 di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Tunjong di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI