fbpx

Pesakit alzheimer ditemui mati selepas hilang lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA KRAI – Seorang warga emas penghidap alzheimer yang hilang selepas keluar dari rumahnya pada Selasa lalu ditemui meninggal dunia dengan sebahagian anggota badan dimakan binatang buas di ladang kelapa sawit Pasir Layang, Kampung Bunut Saih di sini semalam.

Lelaki berusia 70 tahun itu dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian kira-kira pukul 6.15 petang semalam selepas lima hari keluar dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan mendapati, warga emas itu keluar dari rumahnya kira-kira pukul 1.40 tengah hari pada Selasa lalu untuk ke ladang kelapa sawitnya di Kampung Bunut Saih.

Menurutnya, selepas lima hari, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat di ladang malam kira-kira pukul 7.30 malam semalam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih kira-kira lima hari lalu.

“Terdapat kesan gigitan pada bahagian tangan kiri dan kanannya yang dipercayai merupakan kesan gigitan binatang buas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, siasatan lanjut mendapati, mangsa merupakan orang hilang dalam satu kertas siasatan yang sudah dibuka pada Rabu lalu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat waris, warga emas itu mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis, masalah jantung dan penyakit alzheimer apabila dia sering lupa tentang perkara yang dilakukannya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat.

“Pakat perubatan forensik mengesahkan punca kematian tidak dapat dikenal pasti memandangkan keadaan mayat yang telah reput selain tiada unsur-unsur jenayah yang dapat dikaitkan dengan kematian mangsa,” ujarnya.

Tambah Mazlan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI