fbpx

PDRM selar dakwaan MHO babit siasatan jual beli, saham syarikat RM3.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelar dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berhubung kegagalan siasatan berkait isu jual beli dan pindah milik saham syarikat melibatkan kerugian RM3.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pertikaian MHO terhadap kes yang diklasifikasikan NFA (No Further Action) telah tular di media sosial.

“Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya, siasatan kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA sedangkan terdapat bukti berlakunya penipuan dalam kes tersebut.

“Untuk makluman, siasatan yang sewajarnya telah dilakukan oleh pegawai penyiasat yang terlibat.

“Hasil siasatan mendapati pihak pengadu telah menerima sekitar 45 peratus daripada nilai keseluruhan pembelian saham yang dipersetujui,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Menurut Ramli, perjanjian yang ditandatangani pengadu juga jelas menyatakan klausa bahawa pengadu mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil terhadap pembeli sekiranya wang pembelian saham tersebut gagal dilunaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kes tersebut juga telah dirujuk dan ditaklimatkan kepada Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur pada 30 Januari lalu yang seterusnya bersetuju bahawa isu dalam kes ini adalah menjurus kepada kesalahan sivil.

“Maka, kes kekal diklasifikasikan NFA. Adalah ditegaskan, PDRM telah mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang bagi menyiasat kes ini.

“Pihak pengadu mempunyai hak yang jelas di bawah undang-undang untuk memfailkan saman sivil terhadap pembeli bagi mendapatkan semula kerugiannya,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI