fbpx

2,000 orang tertimbus hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI membantu menggali untuk mencari mangsa terkorban semalam selepas Kampung Yambali di wilayah Enga ditimbus tanah runtuh. – AFP

PORT MORESBY –  Papua New Guinea memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) bahawa lebih 2,000 orang tertimbus dalam tanah runtuh yang menenggelamkan sebuah kampung di pedalaman negara itu.

“Bencana tanah runtuh yang menenggelamkan Kampung Kampung Yambali di wilayah Enga itu menyebabkan lebih 2,000 orang tertimbus hidup-hiud dan menyebabkan kemusnahan besar,” kata pusat bencana kebangsaan kepada pejabat PBB di Port Moresby.

Terdahulu, pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa  terselamat.

Perkampungan terpencil  di Enga itu musnah sepenuhnya apabila lereng Gunung Mungalo runtuh pada Jumaat lepas, menimbus banyak rumah dan penduduk yang sedang tidur. 

“Sudah tiga hari dan tujuh jam sejak bencana melanda. Jadi secara dasarnya,  kami  berlumba dengan masa tetapi sejauh mana kita dapat memindahkan penduduk ke tempat selamat adalah isu lain,” kata pegawai agensi migrasi PBB. Serhan Aktoprak.

Menurutnya, pasukan penyelamat turut  bekerja dalam situasi berbahaya.

“Batu-batu terus jatuh dan tanah bergerak. Keadaan menjadi lebih buruk kerana  air bawah tanah mengalir di bawah runtuhan,” kata Aktoprak.

Kata pegawai berkenaan, kira-kira 250 rumah yang terletak berhampiran lokasi kejadian telah dikosongkan  sebagai langkah berjaga-jaga. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI