fbpx

Zahiril Adzim teruk dibenci sebab Dr. Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahiril (kiri) menerima kecaman hebat daripada netizen disebabkan kehebatan watak Dr. Omar.

SELALUNYA dilambung dengan pujian tetapi kali ini dihambur dengan kata-kata kesat.

Itu yang dihadapi Zahiril Adzim apabila watak antagonisnya sebagai Dr. Omar dalam drama Aku Bukan Ustazah menerima kecaman ramai.

Terkejut juga Diva apabila melihat ramai lemparkan maki hamun pada Zahiril dan nampaknya dia berjaya melakonkan karakter Dr. Omar dengan baik.

Zahiril terpaksa ‘menelan’ berbakul-bakul cacian disebabkan keberkesanan melakonkan watak Dr. Omar dalam drama Aku Bukan Ustazah. – INSTAGRAM

Jarang dapat lihat situasi begini, itulah selalunya watak dipegang Zahiril adalah hero atau yang baik-baik sahaja tetapi kali ini dibenci masyarakat.

Paling Diva terhibur, drama Aku Bukan Ustazah mempunyai ramai peminat golongan lelaki termasuk suami orang!

DIVA: Suka betul dengar Lana Nodin membebel ‘tembak’ artis Malaysia yang masih degil promosi produk pro-Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI