fbpx

Sultan Ibrahim berkenan santuni bakal jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyantuni 282 jemaah haji di Kompleks Tabung Haji, Sepang, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Sikap mesra Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hadir mencemar duli bagi mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia ternyata menceriakan mereka.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menyantuni seramai 282 jemaah daripada Kumpulan KT055 yang melaporkan diri pada pukul 7.30 pagi di Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang di sini.

Ramai dalam kalangan jemaah haji tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama Sultan Ibrahim sebelum menaiki pesawat sewa khas Malaysia Airlines penerbangan MH 8122 ke Jeddah.

Terdahulu, keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong pada pukul 9.50 pagi disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Turut hadir pada majlis untuk musim haji 1445 Hijrah tersebut ialah Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al Sulaim dan Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI