fbpx

Bukan hilang, pasangan tular sedang urus hal kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan yang tular membawa anak mereka berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ke hospital.

ALOR SETAR – Pasangan tular membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang menghidap paru-paru kronik tidak melarikan seperti yang dihebohkan sebelum ini, sebaliknya mereka sedang menguruskan proses pernikahan.

Menurut sumber, pasangan itu juga tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana mempunyai urusan tertentu.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim berkata, Mohd. Azlan Ishak, 36, hadir ke pejabatnya pada pukul 3 petang tadi dan akan dinikahkan dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata lelaki itu datang membawa dokumen lengkap untuk mengisi borang pernikahan bersama pasangannya, Norhidayu Halim, 35.

Jelasnya, pihaknya turut membantu lelaki tersebut mengisi borang nikah dan menasihatkannya supaya mengikut tatacara perkahwinan termasuk pemeriksaan HIV dan sebagainya.

“Dia akan segera menghantar borang pernikahan di Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Apabila selesai semua urusan, urusan pernikahan akan dilakukan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI