fbpx

Pulau Pinang sudah lama tangguh tarif air baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kiri) dan K. Pathmanantan (kanan) pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Air Sedunia 2024, di Taman Rekreasi Bukit Dumbar, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri telah menangguhkan pelaksanaan tarif air baharu yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selama hampir dua tahun bagi membolehkan pengguna menikmati kadar air yang lebih rendah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan tarif air baharu pada 2015 dan ia telah diluluskan oleh SPAN pada 2022.

Namun katanya, kerajaan negeri hanya melaksanakan tarif air baharu berkenaan pada Februari 2024.

“Permohonan kenaikan tarif air dibuat pada tahun 2015 lagi, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana pelbagai faktor penukaran kerajaan, Kabinet ditangguhkan dan sebagainya.

“Kadar tarif air yang baharu diluluskan pada 2022, banyak negeri pada tahun 2023 sudah laksanakan (tarif baharu), kita tunggu sampai Februari 2024 baru kita laksanakan.

“Kita sudah memberi pertimbangan dengan tangguhkan (tarif baharu), masa yang kita tangguhkan ini adalah satu penjimatan kepada pengguna sebab walaupun tarif air sudah diluluskan, tetapi kita gunakan tarif yang lama hampir setahun lebih,” katanya selepas merasmikan Hari Air Sedunia 2024, di Taman Rekreasi Bukit Dumbar, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI