fbpx

KPM beri tumpuan kompetensi guru dalam AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tiga dari kanan) menerima cenderahati dalam lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah, Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan terhadap kompetensi dan latihan buat guru-guru di negara ini bagi mendidik murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Bagi tujuan itu, sekolah-sekolah di kawasan luar bandar juga tidak akan ketinggalan menjadi sebahagian daripada komuniti digital untuk meningkatkan keupayaan murid dalam bidang berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, murid-murid sekolah perlu terus dibimbing dalam bidang AI berikutan mereka mempunyai keupayaan tinggi berdasarkan kepada input dan inovasi yang dihasilkan.

“Disebabkan itu dalam aspirasi kita, guru-guru mesti kompeten dan berikan tumpuan kepada kompetensi serta latihan buat golongan pendidik untuk memandu anak-anak murid dalam AI,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah, di sini hari ini.

Fadhlina berkata, selain memperkasakan AI di sekolah, kementerian juga telah mengupayakan Pusat Kegiatan Guru dan Pelantar Pendidikan Digital DELIMa yang seharusnya digunakan sepenuhnya oleh murid serta guru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI