fbpx

Allahyarham Nor Zamri disenangi ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Nor Zamri dibawa ke Masjid Jamek Sungai Acheh untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan petang ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – “Allahyarham seorang insan yang baik malah semua orang bercakap benda-benda baik sahaja tentang arwah,”.

Demikian luahan Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali yang menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff, 56, sebagai satu kehilangan besar kepada dunia politik.

“Malangnya, Allah SWT lebih menyayanginya dan hanya sekejap sahaja berkesempatan memegang jawatan sebagai Adun Sungai Bakap.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan sebelum dibawa pulang menaiki van jenazah pada pukul 4.38 petang tadi.

Jenazah bapa kepada enam anak itubakan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, petang ini.

Terdahulu, pekarangan Unit Forensik hospital terbabit mula dipenuhi kenalan dan saudara-mara selepas Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pada pukul 1.38 petang tadi.

Sebelum ini, Nor Zamri yang dikenali sebagai YB Abang Zam ditempatkan di ICU Hospital Seberang Jaya akibat mengalami komplikasi pada bahagian perut.

Nor Zamri (PN-Pas) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI