fbpx

Setiap sekolah sukan ada jurulatih khusus perkasa atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh (tengah) menyampaikan hadiah kepada penerima pada majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-Milo 2023 di Hotel Avante, Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memastikan setiap negeri dan sekolah sukan seluruh negara memiliki jurulatih khusus bagi memperkasakan atlet dalam kalangan pelajarnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, penyediaan jurulatih profesional ini adalah bagi menyediakan pelapis atlet negara dalam kalangan pelajar sekolah.

Selain itu, katanya, ia juga memberi ruang kepada pelajar untuk menyertai pelbagai pertandingan sukan mengikut peringkat dan kategori termasuklah kejohanan antarabangsa.

“KPM pastikan sekolah-sekolah sukan yang kita ada di setiap negeri dan juga sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil mempunyai jurulatih khusus dan di setiap negeri pun mempunyai jurulatih yang mempunyai kelulusan masing-masing.

“Pada masa yang sama kita memberikan peluang kepada anak-anak kita untuk menyertai pertandingn-pertandingn dan juga kejohanan di peringkat kebangsaan, antarabangsa.

“Sekali gus membolehkan mereka memajukan diri untuk meningkatkan prestasi masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-Milo 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu, Kah Woh menyampaikan 13 anugerah sukan kepada penerima-penerima yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa bangga apabila ramai atlet negara merupakan anak didikan daripada sekolah kerajaan yang mampu melakar kemenangan besar di peringkat antarabangsa.

“Kita mampu untuk melahirkan lebih ramai anak-anak kita yang bakal mewakili negara kita dalam kejohanan sukan.

“Kami (KPM) berasa amat bangga bahawa pada hari ini ramai di antara atlet-atlet negara adalah hasil daripada sekolah kerajaan.

“Warga KPM selalunya komited dalam usaha untuk membangunkan anak-anak kita dari dalam bidang sukan dan akan melahirkan lebih ramai lagi atlet hebat,” katanya. – KOSMO! ONLIE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI