fbpx

Ronaldo bakal sarung jersi Leverkusen?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO kini dikatakan menarik minat Leverkusen yang berminat mendapatkan khidmatnya musim depan. - AFP

RIYADH – Penyerang antarabangsa Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan bersedia untuk kembali pulang ke bumi Eropah selepas dikatakan menarik minat juara baharu Bundesliga musim ini, Bayer Leverkusen.

Sebagai rekod, Ronaldo ketika ini mewakili kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Nassr sejak awal tahun lalu selepas menamatkan kontrak menerusi persetujuan bersama dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Ronaldo yang kini berusia 39 tahun berjaya mengekalkan ketajamannya di depan gawang gol selepas meledak 56 jaringan dalam 60 penampilan bersama Al-Nassr.

Kini, bekas penggempur Real Madrid itu dikaitkan untuk menambah sengat Leverkusen pada kempen musim depan sekali gus berpotensi kembali menjalinkan kerjasama dengan sahabat lamanya, Xabi Alonso yang merupakan pengendali Leverkusen.

Alonso yang pernah menjadi rakan sepasukan Ronaldo ketika menyarung jersi The Galacticos percaya bekas pemenang Ballon d’Or itu memiliki ciri-ciri penggempur yang sempurna.

“Ronaldo sering memudahkan rakan-rakan sepasukan. Ketika bergelar pemain, apabila saya mendapat bola, orang pertama yang saya cari adalah Ronaldo kerana dia boleh menjaringkan gol dengan mudah,” kata Alonso.

Difahamkan, Ronaldo masih memiliki kontrak bersama Al-Nassr sehingga tahun depan, tetapi dilaporkan bersedia untuk berhijrah selepas gagal menjulang sebarang trofi bersama pasukan itu pada kempen musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI