fbpx

Pelajar maut terjatuh tingkat 21 ketika bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang ditemukan maut selepas terjatuh dari bilik tingkat 21, sebuah hotel di Tanjung Bungah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, mayat wanita tempatan berusia 24 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap di pekarangan bawah hotel berkenaan berdekatan dengan longkang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu dan ketika polis tiba di lokasi kejadian wanita tersebut telah meninggal dunia.

“Menerusi siasatan awal, pelajar wanita ini didapati mendaftar masuk ke hotel tersebut semalam.

“Dia mendaftar masuk ke situ bersama rakan lelakinya yang berusia 24 tahun, kemudian mangsa dilaporkan terjatuh dari bilik mereka yang terletak di tingkat 21 hotel tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, polis telah merekodkan keterangan daripada teman lelaki mangsa yang berusia 24 tahun.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Bagaimanapun, polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini,” katanya.

Difahamkan mereka datang ke negeri ini untuk makan angin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI