fbpx

[VIDEO] ‘Abang Bomba’ dah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI anak-anak Hisyam Hamid dan bekas isteri, Rosmawati Hanafi hubungan baik.

SPEKULASI keretakan rumah tangga terjawab apabila pelakon Hisyam Hamid akhirnya mengakui perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun lalu sudah terlerai.

Pun begitu, Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid, 39, enggan mendedahkan punca mahupun tarikh perpisahan, sebaliknya menegaskan masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi.

“Saya tidak mahu oleh kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami memusnahkan hubungan baik ini.

“Buat masa ini kami rasa jalan terbaik adalah tidak lagi menjadi suami isteri.

“Kami hanya mahu fokus mara ke depan. Masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Paling penting, kami sama-sama ada tanggungjawab terhadap anak-anak dan mereka juga berada di bawah penjagaan saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Enggan bermasam muka, pelakon drama Cukup Derita Itu berkata, Rosmawati atau lebih dikenali sebagai Mel masih kekal sebagai pengurusnya malah tetap berkomunikasi baik setiap hari.

“Tak ada yang salah atau negatif untuk kami teruskan demi anak-anak. Apa yang berlaku sudah berlaku. Buat masa ini kami selesa berkawan baik, lebih dari itu saya tak pasti, masa yang akan menentukan.

“Pada akhirnya dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, tidak semuanya buruk dan negatif. Banyak benda positif yang kami lalui.

“Dia melahirkan dua anak saya, itu adalah satu pengorbanan besar. Momen itu saya hargai dan hormat dia,” ujarnya ketika ditemui pada Sidang Media Drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju, di sini, hari ini.

Ditanya mengapa berdolak-dalih apabila ditanya mengenai status rumah tangganya sebelum ini, aktor kelahiran Singapura itu enggan berita tersebut menjejaskan emosi anak-anaknya.

“Sejak dulu, apa sahaja yang saya buat, saya akan pastikan tidak ada kontroversi yang menjejaskan anak-anak. Saya mahu beri contoh terbaik kepada mereka.

“Begitu jugalah bila hal ini ditanya, saya tidak mahu pada akhirnya berita itu memberi kesan kepada mereka atau mereka tahu dari sumber lain,” katanya menutup bicara.

Pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan dia dan isteri sudah bercerai.

Kata Hisyam, dia mengambil pendekatan menjaga nilai eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi dalam media sosial.

Sebagai rekod, Hisham mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun. – KOSMO! ONLINE.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI