fbpx

RM37.5 juta kos penyediaan makanan jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Saleh meninjau salah satu dapur syarikat pengendali makanan yang dilantik Tabung Haji semalam.

MEKAH – Sebanyak SRA30 juta (RM37.5 juta) diperuntukkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bagi menampung kos penyediaan makanan kepada semua jemaah haji Malaysia musim ini.

Ketua Rombongan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kos tersebut meliputi keseluruhan 31,600 orang jemaah haji membabitkan lapan syarikat penyedia makanan di Mekah dan Madinah.

Katanya, kos penyediaan makanan berjaya dikekalkan walaupun berlaku peningkatan pelbagai harga bahan mentah dan cukai daripada kerajaan Arab Saudi,

“Kos yang ditanggung Tabung Haji tetap sama kerana kontrak jangka panjang yang ditandatangani bersama pihak penyedia makanan .

“Ini menjadi satu perkara yang mencabar bagi kami untuk mencari kaedah terbaik dalam menangani kos dan pada masa sama menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk jemaah haji,” katanya kepada Petugas Media Tabung Haji di sini semalam.

Sebagai rekod, lapan syarikat penyedia makanan itu terdiri enam di Mekah iaitu Wafa Catering, Al Salmi Catering, Nakha Alia Catering, Mohsen Mohd Al Amoudi Catering (Retaj Restaurant), Fawzy Abo Rozeyza (Makkah Kitchen) dan Tadco Catering.

Manakala dua lagi syarikat menyediakan makanan di Madinah ialah Edarah Company For Hotel Management & Operation dan Ahmed Mohamed Zuhdi Company for Management & Operation of Tourist Accommodation.

Dalam pada itu Syed Saleh berkata, Tabung Haji menyediakan sebanyak 3.2 tan beras untuk menyediakan hidangan tengah hari dan malam setiap hari.

“Kita juga perlu menyediakan ima tan protein terdiri ikan, ayam dan daging serta 2.5 tan sayur untuk keperluan jemaah haji kita. Jumlah ini meliputi 42 jenis menu yang berbeza untuk jemaah haji meliputi hidangan makan tengah hari dan malam,” jelasnya.

Sementara itu Syed Saleh berkata, kerajaan Arab Saudi mempunyai standard piawaian yang ditetapkan bagi memastikan kualiti makanan yang disediakan untuk jemaah haji berada di tahap terbaik.

Katanya, syarikat penyedia makanan ini juga mestilah memenuhi standard antabangsa persijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) selain pemeriksaan Unit Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan terhadap dapur dan peralatan yang digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI