fbpx

24 model motosikal Malaysia dapat penarafan 5 bintang MyMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbi (tengah) pada Majlis Anugerah Grand Prix MyMAP 2024 yang berlangsung di dewan B, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, sempena Autoshow Malaysia 2024, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI /KOSMO! 

SERDANG – Sebanyak 28 model motosikal daripada tujuh jenama di Malaysia mendapat penilaian lima, empat dan tiga bintang menerusi Malaysia Motorcycle Assessment Program (MyMAP) Grand Prix Awards 2024.

Daripada jumlah tersebut, 24 model motosikal yang dinilai telah mendapat penilaian lima bintang, satu model lagi empat bintang dan selebihnya memperoleh tiga bintang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, MyMAP merupakan program yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan dan teknologi motosikal.

“Terdapat empat kriteria atau komponen utama di bawah program MyMAP, iaitu pematuhan kepada peraturan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE), Conformity of Production (COP), teknologi ciri keselamatan, dan juga program sokongan.

“Sehubungan itu, MyMAP adalah program penarafan menyeluruh untuk motosikal yang pertama di dunia, bagi memperkenalkan motosikal yang lebih selamat di pasaran,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penghargaan MyMAP Grand Prix Awards 2024, di sini hari ini.

Ujarnya, Anugerah MyMAP bertujuan meningkatkan kesedaran serta mempamerkan kemajuan yang dicapai oleh pengeluar motosikal dalam mempertingkatkan keselamatan motosikal.

Menerusi MyMAP juga, sebanyak 19 anugerah telah dipertandingkan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Exceptional, Exemplary, dan Excellence Award, termasuk dua anugerah utama, iaitu Exceptional Motorcycle Manufacturer 2021-2024 dan Exceptional Motorcycle Model 2021-2024.

Sementara itu, Ketua Pengarah MIROS, Prof. Madya Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak berkata, MIROS menyasarkan penarafan tiga bintang hingga ke atas kerana disifatkan baik.

“Dalam sudut keselamatan jalan raya, kita menyasarkan tiga hingga lima bintang yang mana ini agak baik. Begitu juga dengan keselamatan jalan raya. Matlamat kita sekurang-kurangnya tiga bintang ke atas,” ujarnya.

Program MyMAP dilancarkan pada tahun 2021 dan ia selaras Visi Automotif Nasional dan Dasar Automotif Nasioanl (NAP 2020). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI