fbpx

13 warga asing ditahan operasi pusat panggilan penipuan tawaran pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pegawai khidmat pelanggan yang ditahan dalam serbuan di dua unit kediaman di Jalan Ceylon, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 13 individu ditahan ekoran menjalankan kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian (calling centre) di dua unit kediaman di Jalan Ceylon, Bukit Bintang, di sini semalam.

Serbuan pada pukul 8 malam itu dibuat hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebanyak 11 lelaki dan dua wanita warga asing berumur 23 hingga 38 tahun ditahan ketika serbuan dijalankan.

“Turut dirampas tujuh set komputer riba, telefon bimbit (21), dan sebuah modem. Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi selama hampir satu bulan dan menyasarkan mangsa di luar negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, semua tangkapan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dan semakan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Semua individu ditahan telah direman selama tiga hari mulai hari ini hingga Jumaat bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Dellhan, orang ramai diseru untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Tambahnya, sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI