fbpx

Manipulasi platform, kadar upah akan dikendali Suruhanjaya Pekerja Gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Isu berkaitan manipulasi platform dan penentuan kadar upah kepada pekerja Gig akan dikendalikan Suruhanjaya Pekerja Gig yang ditubuhkan tidak lama lagi.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam kenyataan berkata, laporan Interim berkaitan penubuhan suruhanjaya itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan depan.

Jelasnya, laporan akhir pula akan dibentangkan pada Ogos depan dalam mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan bagi menjaga kebajikan pekerja kumpulan itu.

Satu mesyuarat bersama diadakan pada 14 Mei lalu dengan Pasukan Perunding dari Universiti Malaya yang dilantik bagi mengambil tindakan segera ke atas keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pekerja Gig.

“Mesyuarat merumuskan bahawa kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu mengambil kira perkara-perkara untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja gig seperti perundangan yang terlibat (akta baharu),” katanya tadi.

Selain itu, Kesuma berkata, mekanisme kilanan, struktur dan fungsi Suruhanjaya serta implikasi kewangan turut dibincangkan menerusi mesyuarat berkenaan.

Katanya, ia termasuk penentuan kadar upah, perlindungan sosial dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pangkalan data bersepadu bagi pendaftaran pekerja gig dan penyedia platform.

“Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig ini membolehkan satu saluran formal diwujudkan bagi mengendalikan isu-isu pekerja dalam sektor Gig. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI